
Tujuan asal saya untuk mencari seberapa banyak sekatan yang diadakan, tapi malang saya juga terperangkap. Jadi saya hanya dapat berikan beberapa lokasi yang dapat saya temui, khusus nya untuk saudara-saudara/i dari selatan.
Lokasi yang saya temui sekatan adalah:-
1. Kajang ke KL - 3 sekatan - 1 selepas tol batu 11, 1 berhampiran persimpangan masuk HUKM berdekatan stesen minyak BHP dan 1 lagi berhadapan dengan Vovo Karaoke Jln Sungai Besi.
2. Dari selatan menuju ke Istana Negara - selepas persimpangan ke Istana Negara di Sg Besi (Loke Yew)
3. L/Raya Besraya dari arah selatan menuju ke KL - satu sekatan sebelum Kg. Malaysia (berhampiran projek stesen bas baru)
4. Bangsar ke KL - berhadapan dengan pejabat Majlis Agama Islam WP, sebelum stesen keretapi lama.
Cari lah jalan-jalan alternatif untuk memasuki KL besok.
Saya akan pastikan besok apakah benar LRT telah diarahkan untuk tidak mengadakan perkhidmatan nya bermula jam 7 pagi hingga 3 petang.
Untuk sahabat-sahabat dari luar KL, Selamat Datang berdemo untuk anda semua.
Jumpa di sana ...
2 comments:
kajang ke kl - lepas tol batu 9. bukan batu 11.
tq Esteban
Post a Comment