16 April 2010

2 Kenyataan Ezam yang boleh membuatkan Pakatan tersungkur di Hulu Selangor

Maka lapurlah Utusan Meloya seperti apa yang telah dikatakan oleh raja katak ni. Aku amat-amat berharap agar tak ramai pengundi Hulu Selangor yang telah atau akan membaca lapuran ini. Andai pengundi-pengundi telah terbaca lapuran ini, aku pasti yang Pakatan Rakyat/PKR akan bungkus dalam PRK Hulu Selangor 25 Apr nanti. Harap-harap dia orang tak baca lah ...

PERTAMA
Keyakinan rakyat kepada pembangkang kian pudar - Ezam

TEMERLOH 15 April - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil, 25 April ini berikutan keyakinan rakyat kepada pembangkang semakin pudar.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor berkata, perubahan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian berasa bimbang sokongan rakyat terhadap mereka. - Utusan

Lapuran pertama di atas ni kira masih suam-suam juga lagi, tapi kalau yang bwah ni, fuhh panas gila .... tersungkur lah PR nanti ... wakakakakah.

KEDUA
Anwar arah jaja isu 6 kotak - Ezam

TEMERLOH 15 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor hari ini mendedahkan beliau diarah Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya `menjaja' isu enam kotak yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu.

Katanya, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama PKR dahulu. - Utusan
STONE: Punya lah nak kenakan pembangkagn macam ni punya kenyataan remeh temeh ni pun boleh hangpa nak jadikan berita. Rentikan lah utusan wei ... bab-bab cerita kotak ni orang dah tak mau dengar dah, dah basi macam mana basinya ezam sendiri. orang dah tak nak ambik kisah lagi dah .... dan lagi berapa kerat manusia bodoh yang masih mempercayai si ezam katak ni?

5 comments:

mohd ali ismail said...

Kalau itu saja fakta untuk pengundi di Hulu Selangor berubah haluan mengundi BN,maka BAHLUL sangatlah pengundi pengundi disitu.Bawalah fakta fakta seperti NEM umpamanya dan terangkan jika ianya membawa kebaikan kepada pengundi.Mengulas tentang NEM ianya serupa saja dengan DEB hanya dengan nama yang baru tetapi dasarnya sama khusus untuk rakyat yang berpendapatan rendah.Jika DEB gagal bagimana NEM bolih berjaya.Terangkan kepada rakyat keberkesanan Istitusi Perhakiman seumpamanya,barulah celik mata mendengar.Tetapi saya rasa pengundi di Ulu Selangor tetap dengan pendirian mereka dan bijak pemikiran nya dan tau nilai mana intan dan mana berlian.

otaistillkick said...

apapun rakyat Hulu Selangor dah kena tipu olih BN

http://relaxkedaikopi.blogspot.com

Anonymous said...

Apa yang Ezam kata pasal 6 kotak mungkin ada benarnya. Ini kerana Zulkifli pun pernah kata beliau disuruh Anwar untuk mengaitkan najib dengan altantuya walaupun tiada bukti.

Mengenai peluang pkr di hulu selangor pula, agak kurang cerah dengan tan yang isytihar keluar parti. Apa dah jadi dengan pKR? Pemimpinnya dilihat sangat taksub dengan agenda sendiri sehingga ahli-ahli parti (kekecewaan mereka, rasa tidak puas hati) gagal ditangani.

Anonymous said...

PKR perlu uruskan masalah dalaman berkaitan dengan parti tersebut. Saya pun baca2 sampai ada yang kata PRK- Pakat keluar Ramai2.

Anwar seorang pemimpin yang mempunyai aura dan kaliber yang tinggi, tetapi boleh diguna pakai di luar negara, penyebab kenapa beliau gagal di negara sendiri.

Orang cakap, hujan batu di negara sendiri, hujan emas di negara lain, bagus lagi negara sendiri.

Sampai bila anwar nak meraih simpati di negara luar?

fiona said...

I disagree when anwar (in all his speeches/talks), he likes to stress about the weaknesses of the government, how inefficient the government agencies are, etc. to me, if he is truly a quality leader, he should cease all these propaganda, instead look at how to improve the government. To do this PR should prove to people that they are capable and look for the interest of the people.

Unfortunately, from my personal observation, this is not so. At a crucial time like this, another member declared that he wanted out from the party.

this does not reflect the strength of the party. instead people will question, why and how does the leader play his/her role?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive