Showing posts with label istana kelantan. Show all posts
Showing posts with label istana kelantan. Show all posts

14 October 2010

...siapa puak-puak ni? ..Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ ketuanya

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

“Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.

“Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.

“Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.

“Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.

“Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.

Ibrahim semalam berkata keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.

“Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya,” katanya lagi.

“Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

“Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik,” katanya.

Dalam sidang media tersebut Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pertubuhan Melayu itu akan mengadakan program “Perhimpunan Perpaduan Malaysia Indonesia” Sabtu ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Program yang dijangk akan disertai kira-kira 2,000 orang itu akan bermula pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.

“Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk menunjukan kepada dunia bahawa kita rakyat Malaysia mementingkan hubungan murni yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita mahu menafikan segala provokasi dan demonstrasi yang mengatakan kononnya kerajaan Malaysia menindas warga Indonesia yang berhijrah di sini.

“Jadi Perkasa terasa terpanggil untuk mengadakan perhimpunan ini bagi menepis segala tuduhan negatif yang dilemparkan kepada kita,” kata Ruslan. - TMI
MS: Berahim katak dan anak2 buah dia ni berasa depa memang dah besar sangat dah kot ... dan seolah-olah depa saja yang kena, orang lain buat semua tak kena, termasuk lah Sultan Kelantan. Kalau tidak masakan tindakan Sultan pun depa mahu pertikai ...
Ni che oi tak payah nak tau la kenapa Sultan tarik balik gelaran tu, ... memang patut pun, cakap seolah-olah dia (Berahim Katak) saja yang betul ...

13 October 2010

Istana Kelantan tarik gelaran "Datuk" Ibrahim Ali

Kelantan revokes datuk title, Perkasa boss has two more .

Wed, 13 Oct 2010 11:50 .KUALA LUMPUR: The Kelantan palace has revoked the datukship it conferred on Perkasa boss Ibrahim Ali, but the latter is not perturbed.

According to him, he still has two more Datukships from Selangor and Malacca.

Speaking to reporters in Parliament, Ibrahim said he learnt about the Kelantan palace's decision through the media this morning.

However, the Pasir Mas MP did not know the reason for this and had yet to receive an official letter regarding the palace's decision.

“I am not upset, I will keep fighting to uphold the Federal Constitution and the special position of the Malays,” he said, adding that he would not mind if people stopped addressing him as Datuk.

The Perkasa leader also claimed that his relationship with the Kelantan palace, which was rocked by a power squabble, was good.

The revocation of Ibrahim’s datukship came several days after he visited the former Sultan of Kelantan Tuanku Ismail Petra.

After Friday's visit, Ibrahim told the media that the former Sultan was glad to see him.

The palace had lso stripped Wan Hashim Wan Daud, the private secretary to the former ruler, of his Datukship as well - FMT

22 September 2010

'Datuk' palsu - Istana Kelantan buat laporan polis

KOTA BAHARU: The office of the Sultan of Kelantan today lodged a police report on the false offer of Kelantan State honours purportedly issued by the office.

The report was lodged by the Administrative Officer (Protocol) from the Office of the Sultan of Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, at the Kota Baharu District Police Headquarters at noon.

The Comptroller of the Kelantan Royal Household, Datuk Abdul Halim Hamad said the report was lodged after the office received a copy of the document from Istana Telipot regarding the award of the state honours.

"On Sept 19, the Office of the Sultan of Kelantan, Istana Balai Besar Kota Baharu received a copy of the document which was received from Istana Telipot, which was faxed by the Special Investigation Division (D9), Contingent Police Headquarters (IPK) Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pertaining to the letter on the award of the state honours.

"A check was made and it was found that the document was false and had never been issued by this office, and as such, I have instructed the Administrative Officer (Protocol) of the Office of the Sultan of Kelantan to lodge a police report on the matter," he said in a statement, here today.

He said the report was lodged to ask the police to initiate immediate investigation on the falsification of the document so that such an act could be curbed in future. - BERNAMA

13 September 2010

Tengku Fariz Petra dimasyhurkan Sultan Kelantan

KOTA BARU, Sept 13 — Tengku Faris Petra Sultan Ismail Petra hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Balai Besar pada jam 12.30 hari ini

Tengku Faris menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra, yang mengalami stroke pada 14 Mei, 2009 dan masih tidak sembuh..

Pengumuman dibuat berdasarkan kepada Article 23A of the Kelantan State Constitution — yang di gazet pada 22 July, 2010 — yang merangkumi pelucutan kuasa Sultan disebabkan oleh gering atau kecacatan yang teruk.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Majlis pemasyuran Sultan Kelantan pagi ini cetus satu lagi krisis

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Majlis Perajaan Negeri (MPN) dijadual mengadakan majlis pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan sebagai Sultan Kelantan hari ini menggunakan undang-undang yang baru — dipercayai akan memarakkan satu lagi krisis perlembagaan negeri itu.

Istana Kelantan berada dalam krisis selepas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra gering sejak awal tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan istiadat itu akan diadakan mengikut Perkasa 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), yang diwartakan, 22 Julai lalu.

Sultan Kelantan gering sejak Mei 2009, menyebabkan MPN menamakan Tengku Muhammad Faris Petra, putera berusia 35 tahun, sebagai pemangku raja tahun lalu.

Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi.

The Malaysian Insider dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias akan mengadakan sidang media di Istana Negeri, Kubang Kerian pada pukul 2 petang ini.

“Majlis Perajaan Negeri akan meneliti laporan-laporan perubatan dan juga laporan pemerhatian beberapa imam bahawa Sultan sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang raja,” kata satu sumber Istana Kelantan kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada undang-undang baru.

Juga difahamkan, dua anggota MPN tidak akan hadir iaitu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan dan satu-satunya puteri Sultan Kelantan Tengku Amalin Aishah, seorang penolong pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara 23A yang akan digunakan dalam istiadat ini berbunyi “Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat.”

“Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

Difahamkan, kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Perkara 3(2) pula meyentuh syarat-syarat iaitu:

- (a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;

- (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;

- (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;

- (d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan

- (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

Selain itu, maklumat yang diperoleh juga menyebut, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda, baginda telah memutuskan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun peguam-peguam yang mewakili Sultan Kelantan mendakwa undang-undang baru itu kemungkinan membuka Pemangku Raja Kelantan kepada “tuduhan campur tangan ke atas soal kehakiman dan menghina prosiding.”

Firma guaman Rashid Zulkifli berkata Sultan Kelantan akan mencabar “pertabalan pemangku raja sebagai sultan yang baru.”

Menurut peguam itu, Sultan Kelantan telah memfailkan dua petisyen di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan mengenai beberapa perkara berkaitan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan.

Rashid berkata, mahkamah telah diminta untuk menentukan tahap kuasa Pemangku Raja sewaktu baginda Sultan Kelantan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.

Pada Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul

Aziz Nik Mat berkata, beliau belum menerima surat rasmi dari Istana mengenai pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

“Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan Istana (Kelantan),” katanya.

Sebuah akhbar memetik sumber melaporkan Pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra.

Mengenai kenyataan peguam Rashid kepada portal berita Malaysiakini, kenyataan yang diperoleh juga berkata, “jawapan ringkas kami kepada beliau tolong baca, jika sudah membaca sila baca lagi keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof pada 29 Januari 2010 berhubung perkara ini.”

Di bawah keputusan itu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa tindakan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada MPN tidak boleh disemak semula.

Mohamad Ariff berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa diraja kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan Kelantan.

Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, telah mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 September lalu.

Mengenai pendirian Nik Aziz itu, kenyataan yang diperoleh The Malaysian Insider berkata, Menteri Besar itu sebenarnya bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian Khamis lalu.

“Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini,” kata kenyataan itu lagi.

Sultan Ismail Petra berangkat pulang pada 4 Mac lalu setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung. - TMI

11 September 2010

TheKelantanInsider kesal lapuran Utusan Meloya

KOTA BHARU, 11 Sept: Blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan, TheKelantanInsider kesal dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kononnya Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan esok.
"Kami faham bahawa memperolehi “scoop” adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.
"Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya," tulis blohg itu hari ini.
Utusan hari ini menyiarkan berita kononnya, Pemangku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra akana ditabalkan sebagai Sultan Kelantan hari ini.
"Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.
"Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.
"Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi," lapor muka depan akhbar itu
"Kami di The Kelantan Insider merasa terkejut dengan “kebolehan” akhbar Utusan Malaysia menyiarkan satu laporan yang cukup sensasi pada hari raya yang mulia ini dengan hanya berpandukan kepada kata-kata sumber-sumber yang tidak dikenal pasti," tulis blog yang selalu membuat posting pandangan pihak pemangku Sultan Kelantan itu.
Sehubungan dengan itu, blog itu menulis, "kami suka mengingatkan akhbar-akhbar tempatan supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab di dalam menyiarkan sebarang laporan mengenai Istana Kelantan, apatah lagi jika laporan itu mempunyai nilai kesensasian yang tinggi."
Tanpa mengira sama ada sesuatu laporan itu mempunyai kebenaran ataupun tidak, akhbar-akhbar tempatan seharusnya mengikuti apa-apa peraturan yang telah ditetapkan di dalam melaporkan sebarang berita yang ada hubung-kaitnya dengan Istana Kelantan, tulisnya lagi.
Menurutnya, pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D’Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.
"Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan," tulisnya.- HarakahDaily

Kemelut Istana Kelantan ... tunggu Isnin

Perhatian kini bertumpu ke Kelantan dengan khabar yang kuat mengatakan isu yang sekian lama menyelubungi keluarga diraja negeri itu bakal selesai dengan permasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini.

Ini berikutan indikasi yang diperolehi oleh media mengenai majlis yang dikatakan akan diadakan Balairong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu bermula pada pukul 11.30 pagi.

Kini sudah lebih setahun berlalu sejak macam-macam cerita timbul ekoran kegeringan baginda Sultan sejak Tuanku Ismail Petra yang mula mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 14 Mei 2009.

Sekalipun secara rasmi ia tidak dapat disahkan lagi ketika berita ini ditulis,namun desas desus permashyuran putera sulong Sultan Kelantan itu sudah menjadi bualan wartawan tempatan sejak adanya jemputan dari Istana meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi.

Apa lagi yang dapat difikir lebih besar dari sesuatu majlis penting bila mereka diminta hadir berpakaian begitu.

Malah ada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mengaku turut menerima jemputan dari Istana pada hari berkenaan.

Mungkinkah ia hanya satu majlis yang ada kaitan dengan Hari raya Aidilfitri.

Jika demikian ia tidak mungkin melibatkan soalan pakaian protokol.

Apapun Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik sebagai berkata setakat ini beliau belum menerima surat rasmi dari Istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini.

Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak.

"Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan Istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama Jumaat bila diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai hal berkenaan.

Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu.

"Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada Pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya.- Agenda Daily

19 May 2010

Pengawal istana Kelantan ditembak meninggal dunia awal pagi ini


Oleh G. ManimaranMay 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Pengawal istana Kelantan Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu meninggal dunia awal pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Allahyarham Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Pengawal istana Kelantan telah meninggal dunia pagi ini, kira-kira 3 pagi tadi,” kata sumber istana Kelantan ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, “pada masa ini keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau.”

Beliau melawat Ramli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini petang semalam.

Peluru pada badan Ramli dikeluarkan hampir seminggu selepas ditembak - TMI

11 May 2010

Adakah kemelut istana Kelantan hampir kepenghujungnya?


May 11, 2010KOTA BAHARU, 11 Mei — Apabila gambar Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra tersiar pada muka hadapan beberapa akhbar utama semalam, ada penduduk Kelantan yang berkata “kesian sultan ambo, bilo nak abis ni.”

Rasa simpati dan terkejut itu timbul apabila mereka melihat keadaan fizikal baginda ketika hendak dibawa pulang ke Istana Mahkota dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian setelah menjalani rawatan susulan masalah jantung dan pemeriksaan status kesihatan baginda oleh panel 10 pakar yang dilantik oleh kerajaan.

Bukan setakat gambar raja mereka itu, yang diusung dengan kerusi roda khas, yang menyentuh perasaan rakyat Kelantan tetapi yang terus bermain di fikiran mereka ialah kemelut yang sedang melanda Istana Kelantan.

Isu itu mula menarik perhatian umum apabila Tuanku Ismail Petra dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac lepas setelah menjalani rawatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth di Singapura sejak Mei tahun lepas.

Semasa ketiadaannya, anakanda sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra, dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri sebagai Pemangku Raja, namun rakyat mulai terhidu bahawa ada yang tidak kena dalam keluarga diraja kerana melihat seolah-olah terdapat dua pihak yang menguasai Istana Kelantan.

Di satu pihak adalah Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra, dan di satu pihak lagi adalah adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra serta ibundanya, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Bibit-bibit keretakan itu mulai ketara apabila Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang didakwa dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kepada Sultan, mengumumkan tiada acara sambutan hari keputeraan sultan pada 30 Mac.

Bagaimanapun kenyataan Wan Hashim itu, malah pelantikannya sebagai Setiausaha Sulit Sultan, dipertikai oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Tarikh 25 Mac menjadi kemuncak pada kemelut itu apabila Wan Hashim mengumumkan titah Sultan bahawa Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan jawatannya serta merta sebagai Pemangku Raja dan digantikan oleh Tengku Abdul Aziz Hamzah.

Pelucutan itu bagaimanapun tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan ahli Majlis Perajaan Negeri dan juga tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada masa yang sama juga timbul pula isu mengenai isteri kedua Sultan Kelantan, Che Puan Elia Suhana Ahmad, 31, yang kononnya telah diceraikan oleh baginda.

Elia Suhana berkahwin dengan Tuanku Ismail Petra pada penghujung 2007. Beliau dihalang bertemu baginda walaupun telah mendapat perintah mahkamah.

Seorang wanita telah membuat permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga terhadap Elia Suhana yang kononnya dibuat oleh Tuanku Ismail Petra pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa saksi di Singapura. Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan cerai itu.

Pada 7 April, Sultan Kelantan buat pertama kali dibawa ke khalayak ramai pada satu majlis minum petang di Istana Mahkota untuk menunjukkan bahawa baginda semakin sembuh.

Pada acara itu, Raja Perempuan meminta Tuanku Ismail Petra untuk menyanyi, tetapi dalam suara yang serak dan agak sukar untuk melafazkan kata-kata, baginda menjawab : “Dok, tok se nyanyi (Tak, tak mahu menyanyi). Payoh (susah).”

Pada 4 Mei, Tuanku Ismail Petra dibawa ke HUSM untuk rawatan susulan walaupun sebelum itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra, mengumumkan bahawa ayahandanya akan dibawa ke Singapura untuk tujuan itu.

Pemangku Raja pula bertitah bahawa segala pergerakan Sultan perlu mendapat perkenannya dan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Pada 9 Mei, Sultan Kelantan telah dibawa pulang ke Istana Mahkota setelah lima hari menjalani rawatan susulan dan pemeriksaan oleh panel 10 pakar itu yang dijangka menyerahkan satu laporan kepada Pemangku Raja untuk dibawa kepada Majlis Perajaan Negeri.

Terdapat spekulasi bahawa apabila laporan pakar itu diserahkan kepada majlis itu nanti, satu keputusan akan dibuat yang bakal menentukan sama ada kemelut istana ini akan berakhir atau berterusan. — Bernama

05 May 2010

Krisis Sultan Kelantan semakin meruncing

Tengku Faris: Sultan Diletakkan Dibawah Kawalan Ketat Kerana Bimbangkan Keselamatan Baginda

KOTA BARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah bahawa ayahandanya, Sultan Ismail Petra telah diletakkan di bawah pengawasan polis yang sangat ketat kerana bimbang akan tahap keselamatan baginda berikutan kejadian pengawal istana ditembak di Tumpat, Sabtu lepas.

Tambah Tengku Faris, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi telah diminta supaya menyediakan kawalan keselamatan 24 jam kepada ayahanda Baginda yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak semalam.

Jumaat lalu, Ramli Mohd seorang pengawal istana parah apabila ditembak oleh empat individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian dekat Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, pada jam 12.25 pagi, selepas selesai bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Mangsa adalah pesara tentera yang berkhidmat secara kontrak sebagai pengawal keselamatan di Istana Mahkota dan Istana Negeri sejak 17 tahun lalu telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab III dan masih berada dalam keadaan koma selepas doktor yang merawatnya gagal mengeluarkan peluru yang tertanam di dadanya.

Tengku Muhammad Faris telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan segera menyiasat punca berlakunya insiden tersebut.

Tengku Muhammad Faris yang juga Tengku Mahkota Kelantan menambah, sejak semalam ayahanda dan bondanya, Tengku Anis Tengku Hamid telah di bawa ke Wad Diraja HUSM dengan iringan ketat polis supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

Kenyataan Pemangku Raja Kelantan itu dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak yang bertanggungjawab.

"Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan," katanya.

Mohd Halim berkata, Tengku Muhammad Faris amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan tiub untuk makan.

"Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya," katanya.

Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

"Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan," katanya.

Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan - mStar

04 May 2010

Krisis Istana Kelantan: Tengku Temenggong ‘dibawa’ ke IPK

TERKINI

KOTA BARU, 4 Mei —Tengku Temenggong Kelantan telah ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini lebih sejam selepas beliau memberi kenyataan media berhubung kegagalan untuk membawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ke Singapura.

Sementara itu, Sultan Kelantan pula, yang pulang dari rawatan di Singapura awal Mac lalu, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pegawai-pegawai Istana Kelantan berada di pekarangan HUSM tetapi enggan mengulas.

Baginda dikatakan dibawa ke HUSM kira-kira 7.30 petang, lebih kurang 10 minit selepas Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK.

The Malaysian Insider difahamkan Tengku Muhammad Fakhry berada di IPK untuk diambil keterangan berhung sidang media hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK di pekarangan Istana Mahkota.

Kira-kira 6 petang tadi , Tengku Muhammad Fakhry berkata pesawat khas yang dibawa khas untuk membawa Sultan Kelantan dilarang daripada mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Menurut Tengku Muhammad Fakhry, arahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Tuanku Ismail Petra dijadual akan berangkat ke Singapura pukul 11.30 pagi tadi untuk mendapat rawatan susulan kesihatannya di Hospital Mount Elizabeth.

Sementara itu, sumber memberitahu The Malaysian Insider dua orang doktor dan kira-kira lima pengawal peribadi istana juga ditahan.
Bagaimanapun tidak pasti sebab mereka ditahan.

Hujung minggu lalu seorang pengawal keselamatan istana ditembak ketika perjalanan ke rumahnya selepas selesai bertugas. Dia masih dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra malam ini dimasukkan ke HUSM untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad mengesahkan perkara itu dengan berkata kepada Bernama: “Ya Sultan (Kelantan) kini di HUSM.”

Difahamkan baginda dimasukkan ke hospital itu atas pilihan pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra untuk menjalani rawatan susulan - TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive