Showing posts with label saiful. Show all posts
Showing posts with label saiful. Show all posts

10 April 2013

Bapa Saiful masuk PKR


AZLAN: Saya tidak mahu membuat apa-apa kenyataan... hanya ingin menyerahkan borang permohonan sebagai ahli PKR. Pic: SM AminAZLAN: Saya tidak mahu membuat apa-apa kenyataan... hanya ingin menyerahkan borang permohonan sebagai ahli PKR. Pic: SM AminPETALING JAYA: Setelah membuat kenyataan yang mengejutkan minggu lepas apabila mendakwa kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi kerajaan, bapa kepada Saiful hari ini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Azlan Mohd Lazim berkata, beliau telah berjuang di dalam PKR sejak tahun 1998 diperingkat akar umbi.
“Saya tidak akan membuat apa-apa kenyataan hari ini... saya ingin menyerahkan borang permohonan saya sebagai ahli PKR.

“Apa yang saya lakukan sekarang adalah menyokong Anwar untuk membuat perubahan dan berharap kemenangan yang cemerlang di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” kata beliau pada sidang media penyerahan borang sertai PKR di ibu pejabat parti itu di sini.

09 March 2013

PKR nafi bayar bapa Saiful RM1 juta




9 Mac 2013
Azlan Mohd Lazim
Azlan Mohd Lazim
SHAH ALAM - Sambil menafikan PKR membayar RM1 juta kepada bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat pendedahan mengejutkan semalam, seorang pemimpin kanan parti itu yang didakwa mendalangi perkembangan itu menegaskan, beliau "bangga" kerana dapat membantu parti dan pemimpinnya.

"Ya, saya mengaku saya terlibat, saya yang menguruskan... saya bangga. Jadi apa isunya?

"Sebab saya pemimpin parti, memang saya bangga kerana dapat membantu parti dalam menghadapi situasi seperti ini... bapa Saiful datang jumpa kami, kami menyambut," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi.

08 March 2013

hahaha ... dah jadi kalut dua beranak ni ...awat jadi lagu tu?

Prof - Datuk - Dr - Haji .... pun tak leh percaya beb


Bapa  Saiful mohon maaf pada DSAI






Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.

Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

“Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan.

Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.

Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.

“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.

“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.

“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS/KD

13 September 2012

Kes liwat: DSAI tarik balik saman ke atas Saiful




12 September 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana berniat jahat dengan membuat laporan polis bahawa beliau meliwat Mohd Saiful.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membatalkan saman itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Ranjit Singh mewakili Anwar manakala peguam Zamri Idrus bagi pihak Mohd Saiful.
Ranjit memberitahu pemberita, Anwar menarik balik saman itu atas asas bahawa  reputasi beliau telah dijustifikasikan dengan pembebasannya daripada pertuduhan meliwat itu.
Beliau berkata Anwar menarik balik saman itu dan tidak berhasrat memfailkan saman baharu dan hakim juga menetapkan 9 Okt untuk mendengar isu berkaitan kos perundangan.
Pada 9 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Mohd Saiful pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis dengan niat jahat dan untuk mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.
Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata Mohd Saiful tahu bahawa pertuduhan liwat itu adalah tidak benar tetapi tetap membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.
Beliau mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasi beliau telah tercemar dan beliau mengalami penderitaan teruk dan telah diaibkan.
Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan sekiranya ia tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan meliwat.- Bernama

21 August 2010

GEMPAR : Saiful akan buat pengakuan dipaksa tuduh DSAI liwat....

Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal “mangsa liwat”, Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan “drastik” dan “pasti menggemparkan”!!.“pihak-pihak tertentu” untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh ........

Apakah ini petanda baik yang “agenda 16 September” bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari “lamunan”. Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan “terbongkar”. Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini]
STONE: Korang fikir lah sendiri yer samada nak percaya atau tidak pada statement di atas ... aku pun tak berapa pasti

17 November 2009

Isu sakit misteri Saiful : Cucumatkilau disiasat polis

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Nov 17 — Susulan tindakan Saiful Bukhari Azlan menyaman Pahang Daily Online, salah seorang editor eksekutif blog tersebut yang lebih dikenali sebagai Cucumatkilau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi memberi keterangan.

Saiful yang mendakwa diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM2 juta terhadap Pahang Daily Online kerana penerbitan enam artikel berkaitan penyakit misteri beliau yang dianggapnya sebagai tuduhan bersifat fitnah.

Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Anwar dan mendakwa diliwat pertengahan tahun lalu.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider difahamkan sehingga kini writ saman Saiful belum diserahkan kepada sesiapapun memandangkan Pahang Daily Online beroperasi tanpa identitinya diketahui umum.

Cucumatkilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli tiba di IPD Kuantan sekitar 4.30 petang semalam bersama isterinya dan telah disoal siasat hampir dua jam.

Menurut Cucumatkilau, isteri beliau turut dipanggil kerana nombor akaun banknya telah digunakan untuk urusan pengiklanan dalam blog Pahang Daily Online.

Cucumatkilau dalam kenyataannya turut mengakui sikap pihak polis kali ini lebih berhemah dalam menjalankan siasatan mereka.

Dipercayai dua pegawai berpangkat Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman telah turun ke IPD Kuantan bagi menjalankan soal siasat.

Ini adalah kali kedua Cucumatkilau dipanggil ke IPD Kuantan untuk siasatan kes yang sama.

Jelas, polis lebih berminat untuk mengetahui siapa di belakang Pahang Daily Online dan pihak pemberi maklumat sehingga terhasilnya enam artikel berkaitan Saiful.

Cucumatkilau, yang juga bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu dan nama yang sering dikaitkan dengan Pahang Daily Online, dalam kenyataannya turut memberitahu yang beliau telah memberi kerjasama bai kepada pihak polis dan bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.

Jika didakwa, kes beliau dilihat mampu menjadi kes hiliran penting dalam perjalanan pendakwaan tuduhan liwat ke atas Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mana-mana kes yang diputuskan terlebih dahulu akan menjadi 'pre-judgement' kepada kes yang satu lagi.

Turut hadir di IPD Kuantan petang semalam memberi sokongan kepada Cucumatkilau adalah Ram Ponnusany, Timbalan Pengerusi III Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang; Razali Alias, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang; Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat PKR Negeri Pahang dan Kamarul Hatta Mohamad Ali, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Negeri Pahang. - The Malaysian Insider

20 October 2008

SAIFUL SEDANG DIAZAB - malaysiakini

Sebelum ini kami telah mendedahkan perihal budak "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan. Laporan berkenaan beliau yang kini terpaksa dikuarantin oleh pihak-pihak tertentu, dalam usaha untuk menghalangnya membuat pengakuan sumpah bahawa "Beliau telah dipaksa oleh pihak-pihak terbabit untuk membuat pengakuan yang mantan TPM Anwar Ibrahim meliwatnya". Namun, dek kerana gusar akan pengakuan ini menyebabkan "terbongkarnya rahsia besar" kes ini maka akhirnya Saiful terus dikawal ketat oleh pihak-pihak terbabit.
Khabaran terakhir yang diterima beliau telah disembunyikan disebuah kem tentera di Melaka. Perkara ini telah disahkan oleh beberapa orang individu yang mengetahui dimana Saiful berada.
Kita terkadang naik hairan, gara-gara membuat pengakuan "diliwat" Saiful menjadi begitu penting oleh pihak-pihak terbabit hinggakan segala pergerakan dan aktivitinya disekat dan dikawal rapi. Bahkan dari maklumat yang kami terima segala "akses ke telefon bimbitnya" juga telah ditapis. Ini adalah bagi tujuan untuk menghalang pihak-pihak tertentu menghubungi beliau bagi tujuan membuat "pengakuan paksa" berkenaan.

Soalnya disini, mengapakah Sailful begitu istimewa tidak seperti mangsa liwat 98' dulu iaitu Azizan Abu Bakar?. Apakah dek kerana beliau itu anak muda, maka ia diberikan "suaka politik" oleh pihak-pihak tertentu demi menghalang media, keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja menghubungi beliau. Malah, mutakhir ini kita jarang sekali mendengar berita beliau dimedia arus perdana. Terakhir, ialah berkenaan tulisan beliau dalam blog peribadinya menjelang Aidil Fitri lalu. Selepas itu terus sepi tanpa berita.

Anehnya, pihak media tahu pula bilakan masanya Saiful mengemaskini blog peribadinya itu. Lantaran disiarkan dalam kesemua media massa, gara-gara laporan terkini beliau yang kononnya masih sihat walafiat.

Apakah benar beliau sihat? Inilah yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya. Jika benar beliau sihat, mengapakah media tidak langsung mencerita perkembangan terkini beliau?. Apakah yang dilakukan sekarang? Dimana beliau berada?. Mengapa menyepi tanpa berita hingga membuat ramai tertanya-tanya?

Fakta Kes Liwat Saiful Bercanggah

Lebih menghairankan lagi bila fakta "liwat" yang dilaporkan adalah bercanggah. Laporan peubatan yang tidak dikemukakan oleh HKL, disebalik penolakan laporan dari Hospital Pusrawi dulu juga tidak dilaporkan sebagai bukti. Dari risikan kami, pihak HKL juga telah mengeluarkan laporan mengatakan Saiful tidak diliwat. Maka itu laporan tersebut disembunyikan untuk tujuan "editing".

Samalah yang berlaku kepada Azizan dulu, kami sempat berjumpa dengan doktor pakar forensik dari HKL yang ditukarkan serta merta ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan selepas kejadian tersebut. Beliau menegaskan, beliau diarahkan tukar kerana tidak mahu "meminda" laporan perubatan yang membabitkan Azizan ketika itu. Azizan tidak diliwat, tetapi pihak berkeaan mahu ia ditukar kepada "diliwat". Dek kerana enggan bersekongkol dengan pihak terbabit, beliau tetap dengan pendirian bahawa Azizan tidak diliwat. Akhirnya beliau dipersalahkan kerana enggan memberi kerjasama, dan ditukarkan serta merta ke Kuantan.

Perbualan kami pasal perkara ini berlaku dalam sebuah masjid dan beliau sendiri mengakui bahawa memang Azizan tidak diliwat. Semuanya adalah konspirasi belaka. Maka itu, apakah kes yang sama turut akan berlaku dalam "konspirasi liwat 2" kali ini?

Masih kita ingat lagi perihal pengakuan sumah laknat Saiful di Masjid Wilayah dulu. Biarpun beliau dilihat "benar" gara-gara akuan sumpahnya itu, namun banyak kemusyikal dan keraguan yang timbul tentang perkara tersebut. Cara beliau bersumpah, dengan nada yang yakin dan taida langsung rasa sedih serta mengharap belas simpati, pegang kitab Al-Quran dengan tangan kiri, mengaku Anwar memasukkan zakar ke dalam lubang duburnya dan banyak lagi yang menampakkan kedangkalan serta kegagalan rakyat untuk percaya isu tersebut.

Rakyat lebih yakin Saiful "telah dibeli" dan "menerima habuan lumayan" hasil tindakannya yang jahat itu. Ditambah lagi dengan kenyataan berbelit-belitnya tentangg kejadian tersebut, iaitu daripada suka sama suka kepada dipaksa kemudian dipaksa semula, dan akhirnya dipaksa lagi.

Bukankah ini menunjukkan betapa lemahnya hujah kes ini untuk dibawa ke mahkamah.Pindah Mahkamah Untuk Tukar HakimAnehnya, pihak pendakwaraya "berusaha" pula untuk memindahkan kes tersebut daripada mahkamah sesyen Jalan Duta ke Mahkamah Tinggi. Kita pun tidak yakin atas asas apa mereka ingin berbuat demikian dalam keadaan kes yang cukup meragukan itu?.

Apakah kerana mereka melihat hakim yang mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Seysen terlalu adil dan telus serta sukar untuk "dirundingkan"?. Maka itulah, mereka tahu jika mahu sabitkan juga Anwar dengan kes liwat Saiful ini hakim haruslah ditukar.

Langkah membawa ke Mahkamah Tinggi adalah jalan terbaik ke arah itu. Mungkinkah mereka mahu gunakan hakim "coklat Hacks" ataupun Hakim "correct, correct, correct" untuk mengendalikan kes ini nanti.

Satu keraguan yang munasabah juga surat berpindahan ditandatangani oleh Ghani Patail Peguam Negara, yang turut terlibat dalam kes liwat 1998 dulu. Mana mungkin perjalanan perbicaraan ini dapat berlaku adil melihat kepada senario ini. PM sebelum ini mengatakan bahawa Ghani tidak akan terlibat dengan kes liwat Anwar ini. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Apakah kita yakin keadilan dapat ditegakkan untuk Anwar nanti?.

Pengakuan Sumpah Laknat Saiful

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim.Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

Membaca dan mendengar akuan bersumpah Saiful ini seolah-olah macam menonton satu cerita "drama di TV". Apa tidaknya, beliau dilihat terlalu mengikut skrip hingga terbaca perkataan "memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya". Macamlah orang tidak tahu jika dinamakan "liwat" maknanya itulah caranya.Maka Saiful tidak perlu mengaku memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu lagi. Maksud memasukkan sesuatu itu mudah bagi Saiful, ikut logik jika kejadian ini berlaku kepada seorang perempuan pun sudah pasti kita akan ditendang dan terajang oleh mangsa.

Namun, apakah Saiful hanya menahan duburnya untuk "dirodok" oleh Anwar tanpa melawan?. Apakah tenaga anak muda awal 20an itu tidak terdaya untuk melawan tenaga orang 60an seperti Anwar. Lainlah macam puak-puak UMNO. Jika dipaksa, bukankah mangsa akan melawat. Takkan kita dipaksa tiba-tiba kita buka seluar, seluar dalam dan kemudian menongeng bontot?.

Bukan senang kerja memasukkan zakar ke dalam dubur seperti yang dikatakan Saiful. Mesti berlaku adengan "ringan-ringan" terlebih dahulu untuk menimbulkan ghairah dan berahi. Namun, jika dipaksa apakah Saiful akan timbul berahi?. Jika tidak berahi bolehkah Anwar memasukkan zakarnya begitu mudah tanpa Saiful melawan?. Mungkinkah Anwar menggunakan minyak "Johnson & Johnson" untuk memudahkan tugas itu?. Justeru itulah kami merasakan kejadian ini tidak masuk dek akal langsung. Anda sendiri boleh "menggambarkan" kejadian yang berlaku ini sebenarnya.

Kedua, beliau sanggup bersumpah andainya beliau berdusta maka beliau rela menerima azab, laknat dan kutukan dari Allah hingga ke hari kiamat. Bahkan beliau turut melibatkan keluarga dan keturunnya dalam hal ini. Saiful langsung tidak boleh berfikir, kes ini adalah kes dirinya dan tidak perlu melibatkan seluruh keluarga dan keturunannya.

Apakah akan terjadi jika kes ini benar-benar "satu penipuan"? Puak-puak UMNO mungkin mudah percaya dengan sumpah Saiful ini, namun jika diamati betul-betul terdapat percanggah fakta skrip yang disediakan. Pengakuan dipaksa menunjukkan adengan itu berlaku hanya sekali sahaja. Namun kes Anwar di mahkamah ialah suka sama suka, makna ia berlaku dengan sukarela antara keduanya..

Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

Saiful Berhubung Dengan Mindef Sejak Februari

Sebelum ini TPM Najib Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa ?

Lebih aneh lagi bila akuan sumpah laknat itu dibuat sehari menjelang pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan didalam blognya juga Saiful ada menyatakan "selamat bertanding" kepada Anwar. Bukankah ini menunjukkan akuan sumpah yang dilakukan itu adalah kerana politik semata-mata. Siapakah yang sebenarnya mencatur dan merencanakan semua ini?. Pastilah orang yang berkepentingan dan tempat beliau mengadu hal tersebut. Siapa lagi kalau bukan orang yang menawarkan biasiswa kepadanya biarpun beliau telah dibuang dari pengajian di Uniten.

Bukankah aneh kejadian ini, penuh dengan keraguan dan tipu muslihat sebenarnya.
Malahan Saiful juga dikatakan sering berkunjung dan berhubung dengan pihak terbabit sejak Februari 2009 lagi. Walhal beliau bekerja di pejabat Anwar pada bulan Mac 2009. Ini bermakna mereka sudah merancang semua ini sejak awal lagi. Kami mempunyai fakta tentang panggilan telefon yang dibuat oleh Saiful kepada 6 nombor utama termasuk dua nombor di Mindef (Kementerian Pertahanan) sejak Februari 2009.

Namun, amat malang, bila semakan semula dibuat pihak TM telah meminda talian terbabit. Ini didedahkan oleh beberapa orang rakan Saiful yang masih dapat berhubung dengan beliau dulu.

Saiful Dipercayai Sakit Kerna Sumpah Laknat

Info terkini yang kami perolehi beliau sememangnya sedang mengalami penyakit misteri dan tidak seperti apa yang dilaporkan dalam blognya. Justeru itulah kelibatnya dihalang dalam mana-mana media arus perdana.

Sebelum ini kami telah mendedahkan beliau telah dibawa oleh beberapa orang penjaganya untuk menerima rawatan di beberapa buah pusat perbuatan tradisional termasuk seorang Tabib di Sungai Petani, Kedah. Beliau dipercayai mengalami masalah untuk membuang air kecil dan besar serta "anunya" telah bernanah. Biarpun ramai yang mahukan fakta atas perkara ini, terus terang kami ingin nyatakan mana mungkin kami boleh beri fakta. Jika fakta beliau tidak diliwat dari Hospital Pusrawi sekali pun dianggap satu penipuan. Apatah lagi jika kami lampirkan fakta.

Mana mungkin "bomoh atau dukun" mempunyai rekod perubatan untuk didedahkan?. Cukup kami nyatakan bahawa perkara ini didedahkan oleh beberapa orang saudara mara terdekat dan sahabat-sahabat Saiful.

Khabarnya sakitnya kian parah kini, dan beliau dipercayai tidak boleh membuang air besar dan kecil mengikut saluran biasa. Kini pihak terbabit telah menebuk tepi pinggangnya itu untuk dimasukkan saluran bagi memudahkan beliau membuang air besar !!. Jika tidak beliau kemungkinan besar akan terus sakit dan bakal tersiksa hingga akhir hayat atau meninggal dunia.

Soalnya kenapa beliau tidak dibawa ke mana-mana hospital?. maklumat yang kami terima, atas arahan pihak-pihak tertentu mereka tidak dibenarkan membawa Saiful ke hospital takut perkara ini akan tededah. Maka terpaksa Saiful dirawat secara tradisional dan seseekali doktor pakar datang melawat ke kediamannya sekarang.

Pihak terbabit dipercayai lebih rela Saiful mati daripada mendedahkan rahsia sebenar tentang kes liwatnya dengan Anwar. Saiful ingin membuat pengakuan tersebut kerana mendapat nasihat daripada beberapa orang tokoh agama dan pakar perubatan tradisional. Namun hasratnya itu dihalang kerana beliau kini mempunyai "khadam yang menjaga disekelilingnya".

Kasihan benar mendengar cerita terkini Saiful ini. Apapun kami harapkan agar beliau akan selamat dan akhirnya kembali ke pangkal jalan. Namun takdir penentu segalanya. Juseteru itulah kini beliau masih disembunyikan atas faktor keselamatan pihak terbabit dan bukannya diri Saiful sendiri sebenarnya.

sumber Pahangdaily

15 October 2008

BLOG SAIFUL SENTUH DSAI LAGI ... - Malaysiakini


PETALING JAYA: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan Jun lalu, terus mengisi blognya dengan tulisan baru tentang Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Kali ini, Saiful mempersoalkan sebab Anwar gemar mengambil "pekerja-pekerja yang kurang berkelayakan?"

Tulisannya kali ini tidak panjang berbanding dua pengisian sebelum ini.

"Bermula sebagai sukarelawan di pejabat DSAI (Anwar) pada awal Mac, sebulan selepas pilihan raya saya terus dinaikan pangkat sebagai pembantu sulit/peribadi oleh DSAI sendiri.

"Pada masa yang sama Rahimi (yang juga seorang drop out) yang sebelum ini pembantu khas dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit baru mengantikan saudara Nik Nazmi yang (bertanding) menang dalam pilihan raya lepas," kata tulisannya.
Saiful mengakhiri tulisannya dengan berkata: "Bersambung kemudian..."
Tetapi blognya mengisi salinan surat letak jawatan yang diemelkan kepada Anwar.

Dalam tulisannya sebelum ini, Saiful menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai "perjuangan belum selesai" dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.
"Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

"Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti," katanya.

Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri -- mStar

18 August 2008

SUMPAH SAIFUL BERMOTIF POLITIK SEMPIT & PENUH KERAGUAN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.

Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?

Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini. ... seterusnya

Sumber: anwaribrahimclub

17 August 2008

TAK ADA CERITA LAIN KER? ... Nik Aziz





... Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan BN yang menggunakan isu sumpah bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh.




"Tak ada cerita lain? Tak ada hujah dan dalil-dalil lain untuk ditunjukkan kepada masyarakat bagi membantu parti berkempen?" katanya. ... seterusnya



Sumber: mstar

06 August 2008

10 PENYELEWENGAN BESAR DALAM KES DSAI

Oleh sukterengganu"

"Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan."

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar. ... seterusnya

Sumber: Tranungkite

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive