29 January 2013

Artis Bertudung : Azza Elite - Bidang lakonan menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.


Permulaan tahun 2013 menjadi satu titik tolak penghijrahan buat Azza Elite. Kalau selama ini Azza  “free hair“, kini dia telah pun membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung. Comel jugak Abang Nara tengok.
azza elite bertudung
Berkata kepada Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:-

28 January 2013

ABU - AMARAN Rakyat Malaysia kepada Pendatang Asing


Kuala Pilah - Kubu UMNO paling gagah - Kini dah rabah


KUALA PILAH, KUBU UMNO PALING GAGAH DINEGERI SEMBILAN REBAH DENGAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DSAI!!!!!


BIARKAN SAJA GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA....KUBU UMNO PALING KUAT DI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH...SUDAH REBAH!!!!

Dulu kalau parti pembangkang mau mengadakan siri ceramah di Kuala Pilah, pasti tiada sambutan diberikan..pernah penganalisis politik mengatakan jika pembangkang mengadakan ceramah di Kuala Pilah lebih ramai penceramah dari pendengar yang hadir.

Itu dulu.. kini ianya sudah menjadi sejarah..

Terbukti dengan siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama DSAI yang diadakan di Kuala Pilah semalam, 27hb Januari 2013.

Bermula siang hari di Kg Melang, Kuala Pilah  bersebelahan Pasaraya Econsave dan malam harinya di Kg Temeris di kawasan rumah Tok Ketua Omar.

Sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan.. Orang luar bandar dan kampung tradisional sudah mula beralih arah dari UMNO ke Pakatan rakyat pimpinan DSAI.

Isu putar belit Kalimah Allah langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang bertekad maukan perubahan drastik demi kelangsungan hidup yang lebih realistik.

Hayat UMNO sudah hampir sampai kepenghujungnya sebaik saja pembubaran parlimen diistiharkan.

Pihak PDRM dan Majlis Daerah Kuala Pilah telah memberikan kerjasama yang cukup baik sekali. - omak kau

“Saya anggap Tok (TGNA) adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia " -


Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

JANUARY 28, 2013
Harakahdaily,28 Jan 2013


(PENUH KECERIAAN … Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR:
Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

27 January 2013

KOMENTAR : Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli



MUHAMAD MAT YAKIM
25 Januari 2013
Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'.

Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya.

Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil!

Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya.

Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik?

Rafizi minta maaf : PEMBOHONG - Ini semua kerja macai-macai Haramjadah UMNO ....


Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?..

[HAMPA JANGAN PERCAYA ... NI SEMUA PEMBOHONG]

Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..

[Video] JMR- DSAI di Johor Bahru 25/1/13

Cuba menakutkan Mahathir - Najib jangan cuba bergurau ...


Cuba menakutkan Mahathir dengan SPRM? Najib, jangan cuba bergurau!
Menyampah, jengkel dan jelik. Inilah antara pendapat ramai tentang cadangan terbaru Najib Razak, presiden Umno yang juga pengerusi BN dalam percubaan meminta bantuan SPRM dalam memastikan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-13 bersih dari sebarang aktiviti rasuah.
Bekas bosnya yang juga mantan PM Malaysia, Mahathir Mohamad juga tidak memberi apa-apa ulasan tentang cadangan Najib itu. Ini semestinya sesuatu yang tidak baik baginya kerana dia mempunyai agendanya tersendiri.
Anaknya, Mukhriz sebenarnya tidak mempunyai peluang yang begitu cerah walaupun ayahnya dikhabarkan memiliki aset yang bernilai AS $ 44 billion dan AS $ 200 billion dalam bentuk pengaliran keluar wang haram pada tahun yang lalu. Sebenarnya, tidak ramai juga dalam Umno yang memiliki peluang yang cerah untuk menang, lebih-lebih lagi apabila rakyat mula mencemuh cadangan Najib yang dikatakan hanya untuk mengaburi mata dan seperti menganggap mereka adalah anak-anak kecil sahaja.
Cuba menakutkan ‘syaitan’ atau cari cara baik untuk ‘keluar’.

Memuja 'Mona Fandey' untuk nombor ekor


Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan SHAHRUL NIZAM MOHAMAD
Raub: Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup ‘berkampung’ di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di sini, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat ‘menurun’ atau ‘ngangkung’ nombor ekor.
Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.
Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat ‘petunjuk’ nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit.

Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, ‘memuja’ Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.
Foto
KEDIAMAN Mona Fandey yang menjadi berita hangat kes pembunuhan Datuk Mazlan pada tahun 1993 yang sudah runtuh.

“Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu. - Metro

26 January 2013

Porsche Cayman tu anak saya punya - P/Jaya PAS Perlis Hashim Jasin


NURUL FATIHAH SULAINI
26 Januari 2013
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
Kereta mewah yang dibangkitkan pihak tertentu milik wakil rakyat
Kereta mewah yang dibangkitkan pihak tertentu milik wakil rakyat
KANGAR - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.

Hashim berkata, perkara itu diperkatakan selepas beberapa blog mendedahkan beliau memiliki kereta berkenaan.

“Ini adalah tindakan individu tertentu sengaja menimbulkan isu pembelian kereta mewah Porsche Cayman bagi memburukkan nama saya selaku pemimpin tertinggi Pas di Perlis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hashim, yang juga Adun Sanglang tidak gusar kerana isu berkenaan sama sekali tidak akan menggugat kepercayaan dan sokongan kuat ahli Pas terhadapnya kerana mereka lebih mengenali kehidupannya yang sebenar.
Beliau yakin isu itu timbul kerana pihak terbabit sudah tidak mempunyai modal politik lain untuk menyerangnya menjelang saat-saat akhir menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.
“Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat,” katanya.

"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri,..... Dia bantu kempen, tak apa," kata DSAI

Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
26 Januari 2013
 Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir
Anwar... "itu hak Dr Mahathir untuk berkempen bantu BN". - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat kembali aktif di pentas politik dalam usahanya membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Putrajaya.

"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa," katanya ketika ditanya sama ada faktor tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalannya pada 1998 atas dua alasan iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

EDISI HARAM JADAH UMNO/BN - 2 mamat dr India dpt IC siap tipu tarikh lahir dan tempat lahir ialah Tawau ... betul2 Haram jadah

21 Januari 2012

BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH SEBELUM PRU.

Dijumpai dalam You Tube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara pada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah - wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika Pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.

Rafizi tetap akan lawan saman Zahid



oleh Nomy Nozwir
January 26, 2013
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.
Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.
Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.
Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.
Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

PRU 13 : PAS sedia letak calon bukan Islam


alt
KUALA LUMPUR 26 Jan - Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, PAS bersedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam bagi mewakili parti itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Surat Selamat Tahun Baru - BN kata dia silap ... hahahaha silap? Macamana boleh silap ni?


BN akui kesilapan, akan hantar semula surat Selamat Tahun Baru
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol ‘Sayangi Selangor’ kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.
“Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.

BONGKAR :Penemuan terbaru isu pengedaran lC kpd pendatang


25 January 2013

Kematian Sugumaran - Ini kenyatan PDRM


KISAH AWAL KEMATIAN SUGUMARAN DI SINI 

Mahkamah hidupkan semula kes DSAI saman Menteri Luar Anifah Aman RM100juta



25 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim yang lain.

Panel yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk David Wong Dak Wah, bagaimanapun menolak dengan kos rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi beliau sebagai Menteri Luar dan kerajaan Malaysia.

Pada 5 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman Anwar terhadap mereka berhubung tuduhan yang didakwa dibuat menteri itu pada Mei 2010 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Panel itu memerintahkan Anwar membayar RM10,000 sebagai kos perundangan.

Peguam yang mewakili Anifah, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau menerima arahan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas dan cuai.

Beliau mendakwa kenyataan Anifah telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar diwakili peguam R.Sivarasa manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili Anifah, atas kapasiti rasmi beliau dan kerajaan. - Bernama

Laaa .. pasai ni jer ker Pegawai Bank Islam kena gantung tugas ...iskh depa ni awat depa takut sangat?


Zahid Hamidi saman Rafizi


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama

4 pemimpim UMNO KANTOI, tak boleh tanding PRU 13

`

4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

-sinarharian.com

24 January 2013

Kes Sugumar : Tangkap dan gantung tugas anggota polis terlibat - Latheefa Koya



Oleh: Mohd Arif Juhani
Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.
Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.
“Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit,” katanya ketika dihubungi.

4 anggota polis 20 samseng belasah lelaki bergari hingga mati


TERKINI @ 06:47:04 PM 24-01-2013
January 24, 2013


SERDANG, 24 Jan - Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

UMNO Pasir Gudang tutup bilik gerakan, Mad Maslan naik angin hehehe


Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang

NONE
Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan memberi amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang didakwa menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras.

"Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam Umno, pergilah cari NGO lain.

Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Kedah

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’, yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak mencolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.


Jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program serta-merta. Terus-terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islam pun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama membenarkan hiburan melampau.

Cuba hampa mai tengok, ni BUKAN di Selangor atau Kelantan tapi di PAHANG ,,, TV3 malukan Najib

23 January 2013

KEMENTAH BELI SENJATA SECARA RASUAH - BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA ??


PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup. Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

“Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan,” kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

“Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera,” kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

“Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi,” kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.

http://www.facebook.com/pas.selangor/posts/552222971455553

Kajian UM - Sokongan terhadap PR meningkat BN menurun


KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.
Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.
Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Proiek IC kepada pendatang Sabah oleh Mahathir tanpa pengetahuan Kabinet - DSAI


KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
“Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir),” katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
“Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung,” katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.

Ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya yang lalu



Kenyataan Dr M yang kononnya dianggap sebagai 'negarawan kanan' bahawa RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat pemberian hak kewarganegaraan pramerdeka menjelaskan lagi bahawa ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya sewaktunya berkuasa.

Timbalan Presiden Gerakan(parti komponen BN) turut terkejut serta membidas kenyataan Mahathir itu yang 'menimbulkan rasa syak antara kaum'.

"Semua orang tahu pemberian kewarganegaraan itu dipersetujui oleh nenek moyang kita. Kenyataan demikian daripada seorang negarawan kanan yang berusia seperti beliau amatlah dikesali," kata Chang.

Mahathir yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tunku telah melakukan kesalahan yang lebih teruk dalam hal pemberian warganegara kepada rakyat asing, seolah-olah menyedari keturunannya sendiri daripada India.

Menurut Chang, kenyataan Mahathir itu "tidak membawa sebarang manfaat, menjejaskan perpaduan, dan mewujudkan syak wasangka serta sikap tidak percaya antara rakyat Malaysia". -  KS

Ni hampa tolong nasihat sat kat budak ni sekoq ....

Buka Kelab Malam: Bukan Mereka yang Suap Saya Nasi! - Awie

PrintE-mail
  
Wednesday, 23 January 2013 10:25
..
Sekitar hujung tahun lalu heboh di beberapa forum hiburan bercerita mengenai penyanyi rock juga pelakon, Awie dikhabarkan membuka sebuah kelab hiburan di Ipoh, Perak.
Lantaran timbul cakap-cakap mendakwa penglibatan Awie dalam perniagaan itu membuktikan beliau semakin kukuh dalam dunia gangster. Sekaligus beliau turut menerima persepsi negatif tentang ‘rezeki’ dari sumber tersebut.

BERSIH mahu RCI Sabah sapina Mahathir


Bersih tekan RCI Sabah sapina Dr M, Peguam Negara
KUALA LUMPUR, — Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di Sabah perlu memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya.
Bersih 2.0 cawangan Sabah membuat cadangan mereka melalui video di talian hari ini.
“Bersih Sabah merasakan RCI seharusnya memperkenalkan saksu baru dan kita mendesak anggota RCI agar sapina seperti berikut,” kata Andrew Ambrose, wakil Bersih 2.0 Sabah kepada wartawan hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive