30 September 2014

Ada usaha singkir Pas daripada PR - Zuhdi Marzuki

Ada usaha singkir Pas daripada PR - Zuhdi Marzuki
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.
Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.
“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

Himpunan Desak PAS Keluar PR Tidak Dapat Sambutan


Sekumpulan anak muda yang menamakan NGO nereka sebagai Lensa Anak Muda pukul 10.00 pagi tadi telah mneghantar satu memorandum di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Memorandum ini mwndesak agar PAS keluar dari PR. Sayangnya tiada piket seperti yang dijadualkan sebelumnya. Malah perhimpunan yang dikatakan panas hari ini sesuam air sejuk apabila hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang hadir.

Sekarang Pas juga dibuli ahli sendiri


  • Hasan Mohamed Ali Hasan Mohamed Ali
 1 / 1 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan sikap buli dua parti komponen PR terhadap Pas bukan perkara baharu.

Malah katanya, Pas bukan sahaja dibuli pihak luar tetapi juga oleh ahli parti sendiri.

"Ada pimpinan tertinggi Pas yang berani menyangkal kenyataan presiden sendiri yang mana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya lihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menghadapi tekanan hebat dari dalam dan luar dalam masa sama," katanya, semalam.

29 September 2014

Khairul Azli Ada Tempat Di Hati Saya - Abby Abadi

alt
Hubungan Abby Abadi dan Khairul Azli bukan lagi rahsia apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah memuatnaik gambar kejutan hari jadi Khairul yang dibuat oleh Abby.
"Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman ‘lagha’ sehingga saya berhijrah. 
"Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat," katanya menerusi laman Instagramnya.

Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?

Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?
PERMATANG PAUH - Dendam politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ternyata tidak berkesudahan apabila beliau mengarahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan berkenaan.
Ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi, Anwar juga mengambil kesempatan mendedahkan satu persatu kesalahan yang didakwa dilakukan bekas Menteri Besar Selangor itu.
"Pada hari terakhir, beliau sempat memecat saya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun elaun yang layak diterima untuk jawatan berkenaan tidak dibayar sedangkan saya bekerja dan pergi ke luar negara untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Selangor," katanya.

28 September 2014

PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh


Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 1:10 PM

Nik Abduh Nik Aziz
PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.

27 September 2014

Anwar Ibrahim dan Sang Siput

Walau cerdik dan sebijak mana pun seseorang politikus, perjuangan untuk kekalkan status quo politiknya akan dicuba dikekalkan walau dengan apa cara sekalipun hatta melacurkan demokrasi itu sendiri.
COMMENT
Dari Edwin Michael
siput
Tersebutlah sebuah alkisah tentang Sang Kancil yang sering merasakan dirinya cerdas, cerdik dan pintar dan tiada haiwan lain yang mampu menandinginya. Maka, pada suatu hari, ketika Sang Kancil sedang berjalan-jalan menyusuri sebatang sungai, Sang Kancil bertemu dengan Sang Siput.
Sang Siput lalu bertanya sebab Sang Kancil kelihatan sangat gembira pada hari itu. Lalu Sang Kancil dengan angkuhnya menjawab bahawa dialah penghuni hutan yang cerdas, cerdik dan pintar. Sang Siput tidak bersetuju kerana baginya dialah penghuni hutan yang layak digelar sedemikian. Dengan ketawa bernada ego, Sang Kancil bertanya bagaimana Sang Siput mampu menjadi cerdas dan tangkas sedangkan tubuhnya sudahlah kecil, berjalan pula teramat perlahan.

MPPP: Pemuda PAS kecam kerajaan Pulau Pinang

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difahamkan telah membuat keputusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 25 September 2014 untuk mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau, meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Wanita Milikii Tiga Payudara

alt
Mimpi Jasmine Tridevil untuk menjadi orang terkenal dan mempunyai rancangan realiti sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Namun untuk mencapainya, dia harus rela menjalani pembedahan iaitu menambah payudara ketiga yang ditanam di antara kedua-dua payudara asalnya.
Keinginan perempuan berusia 21 tahun itu sempat mendapat penolakan dari 50 doktor, dengan alasan untuk menghormati kod etika.
"Itu benar-benar sukar mencari seseorang yang bersedia melakuan hal ini. Saya menelefon seperti 50 atau 60 doktor, dan tidak seorang pun ingin melakukannya, "katanya.

Penerbit Filem Warga Malaysia Ditahan Di UK Disyaki Pengganas




Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 11:30 PM

Farihin Abdul Fatah.

KUALA LUMPUR:Seorang penerbit TV bebas warga Malaysia dan enam kru ditahan kerana disyaki sebagai pengganas selepas tiba di United Kingdom, awal pagi Jumaat.

Farihin Abdul Fatah memberitahu Astro Awani bahawa mereka ditempatkan di dalam penjara selama 48 jam kerana disyaki sebagai pengganas berhampiran Manchester.

"Kami baharu sahaja tiba di Holyhead, Wales dari Ireland kira-kira pukul 12.20 pagi dan ketika kami beratur untuk mengisi kad imigresen, kami ditahan seramai 20 anggota polis dan unit anjing pengesan," katanya dalam Buletin Astro Awani 7.45 malam Jumaat.

26 September 2014

Jamal Abdillah Berangkat Ke Tanah Suci, Tunai Haji

alt
Foto : BH Online
Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah berangkat ke Tanah Suci Makkah petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan ibadat haji.
Jamal mengerjakan ibadat berkenaan tanpa ditemani ahli keluarganya sebaliknya mengikut agensi yang menguruskan urusan haji ke sana.
Di laman Facebook miliknya menunjukkan teman baik beliau mengucapkan selamat jalan dan tidak ketinggalan ada yang mendoakan penyanyi bersuara emas itu supaya mendapat haji mabrur.
Jamal akan berada di sana selama 16 hari.

Hanya Utusan ada kebebasan mutlak, kata Marina Mahathir

Hanya Utusan ada kebebasan mutlak, kata Marina Mahathir
Aktivis hak asasi manusia Datin Paduka Marina Mahathir menyindir akhbar milik Umno Utusan Malaysia, mengatakan ia mempunyai kebebasan bersuara mutlak tidak seperti suratkhabar lain yang tidak memiliki keistimewaan sebegitu.
"Utusan ada kebebasan mengkucar-kacirkan keadaan," kata anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad itu hari ini semasa Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia yang diadakan selama tiga hari di Kuala Lumpur.
Beliau menyampaikan ucapan bertajuk: "Freedom from fear – Is it a basic human right?" (Kebebasan dari rasa takut – Adakah ia hak asasi manusia?) merujuk akhbar Utusan yang menerima beberapa tindakan saman terhadap laporannya.
Marina ketika itu sedang menjawab soalan moderator, iaitu bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, yang bertanya sama ada Akta Hasutan 1948 perlu dimansuhkan.

'Najib lebih teruk dari Pak Lah, tapi tiada tindakan dari Umno'



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan prestasi yang lebih teruk daripada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum 2013, tetapi tiada tindakan diambil kerana Umno lemah.

Dalam membuat analisis tersebut, wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mendakwa telah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad awal bulan ini di mana bekas perdana menteri itu mengesahkan beliau menghantar surat kepada Najib mengkritik kepimpinan Umno, tetapi telah diminta menariknya balik melalui seorang perantara.

Exco Selangor: Pas hilang satu kerusi

SHAH ALAM 26 Sept. - Hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas kekal dilantik semula sebagai Exco Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Tiga ADUN terbabit, masing-masing ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan keputusan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin dalam satu sidang akhbar khas di tingkat 22, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Jumlah Exco Pas itu dilihat berkurangan satu kerusi berbanding sebelum yang menyaksikan Pas mempunyai empat kerusi Exco.

Arkitek, Juruteknik Antara Tiga Suspek Jihad Ditahan




Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 7:30 AM

EKSKLUSIF
KUALA LUMPUR: Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'. 
Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.

Al-Fatihah - Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pengarah veteran, Datuk Jamil Sulong yang telah disahkan meninggal dunia. Allahyarham meninggalkan kita pada usia 88 tahun di kediaman salah seorang anaknya di Bukit Utama, Damansarapada pukul 9.35 malam ini.
jamil sulong meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat esok. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

25 September 2014

Rakyat tanggung menteri 12 bulan setahun – Tengku Zulpuri


tengku_zulpuri
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membidas kenyataan angkuh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan, kononnya kerajaan ‘menanggung’ hidup rakyat selama tiga bulan dalam setahun.
Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.
“Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada,” kata Ahmad Maslan menurut The Malaysian Insider.

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama
Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.
Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.

Ini semua konspirasi Najib

 | September 25, 2014
Keseluruhan proses ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu konspirasi oleh Najib Razak untuk menghilangkan saya dari persada politik dengan sekali lagi berusaha untuk memenjarakan saya.
Najib Anwar MahkamahPETALING JAYA: Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak muktahir ini telah menghalang daripada beliau daripada mendapatkan penghakiman yang adil di dalam rayuan kesnya yang akan datang.
Menurut Anwar, pada 19 dan 28 Ogos yang lalu, peguambelanya yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran telah didakwa dua kali di bawah Akta Hasutan, dan kedua-dua dakwaan ini berkait langsung dengan kes rayuan beliau.

PRK Pengkalan Kubor: Ramai pengundi luar pulang mengundi


SALMAH MAT HUSAIN & MOHD NOR YAHYA | .

TUMPAT: PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja.

“Mereka tidak mahu ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih biar pun terpaksa mengambil cuti,” katanya ketika ditemui semasa meninjau suasana pilihan raya di Sekolah Kebangsaan Teluk Jering.

Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

24 September 2014

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin

Mesej Ummi Hafilda untuk Azmin
SHAH ALAM – “Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat."
Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.
“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

19 September 2014

Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru


Minggu depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan seteru politiknya, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim.

Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

Bahana cinta 'pak imam'


  • Wan Abd Aziz Wan Abd Aziz
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.

Perwakilan baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN


dikemaskini Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Angkat Sumpah MB Selangor Baharu: Pilihan Mungkin Azmin Atau Iskandar




Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 8:01 AM

Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu? Azmin atau Iskandar?

PETALING JAYA: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama menteri besar yang baharu awal minggu depan.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan, yang disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, memaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah jawatan itu pada pukul 10 pagi Selasa.
Istana enggan mengulas mengenai siapa yang akan menjadi menteri besar tetapi pilihan yang disenarai pendek adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Exco negeri dari PAS, Iskandar Samad.

18 September 2014

Pilihan anda . . . Proton Iriz atau Perodua Axia?


Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model terbaharu mereka selang beberapa hari sahaja iaitu pada semalam atau 15 September untuk Axia dan Kereta Kompak Proton (PCC) pada 25 September ini.

Siri dakwaan hasutan Putrajaya bangkitkan rasa takut dan benci rakyat

Siri dakwaan hasutan oleh Putrajaya baru-baru ini terhadap pembangkang berjaya membelengu rakyat Malaysia daripada bersuara terutama mengenai isu yang dianggap sensitif, kata pemerhati, susulan penganjur forum awam semalam minta media tidak buat liputan.
Mereka berkata, ketakutan ini bertepatan mengapa Akta Hasutan 1948 perlu dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih adil kepada semua.

Pemilik plat ‘F1’ tolak tawaran RM30.9j


London: Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.
Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.


Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain. 

Penderma Tak Dikenali Tawar RM96.5 juta [AS$30 Juta] Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17



Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 7:31 AM

LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.
Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.
Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.

17 September 2014

Kerajaan PAS Kelantan Mampu Kekal Tanpa Nik Aziz



Datuk Ahmad Yakob.

KULAI JAYA: PAS Kelantan mampu mengekalkan rekod kemenangannya di negeri itu walaupun tanpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau yakin PAS tidak berhadapan dengan masalah kehakisan sokongan rakyat di negeri itu kerana kerajaan yang dipimpinnya akan meneruskan dan memperkasakan program sedia ada.
Keyakinan itu sekaligus menolak kebimbangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang meragui kemampuan partinya sendiri untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Jangan terlalu kagum dengan Anwar Ibrahim


 | September 17, 2014
Keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.
Datuk-Seri-Anwar-Ibrahim300PETALING JAYA: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Norazariza Mohd Alawi, mengingatkan Ahli PAS supaya tidak terlalu kagum dengan kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengenepikan pucuk pimpinan parti itu serta dasar perjuangan Islam yang didukung selama ini.
“Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan



Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi "suasana politik yang gawat" pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

Muktamar PAS Kecoh, Pemuda Pertikai Keputusan Pemilihan




Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 7:19 AM

Muktamar Tahunan Pemuda PAS dicemari insiden kekecohan apabila perwakilan mempertikaikan keputusan pemilihan sayap parti itu tahun lalu.-foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

KOTA TINGGI: Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 bermula kecoh apabila perwakilannya mempertikaikan keputusan pemilihan sayap parti itu pada tahun lalu yang dianggap tidak sah dan perlu dibatalkan.

Kekecohan timbul apabila seorang perwakilan Shah Alam mendedahkan bahawa terdapat lima kawasan di Johor tidak boleh diiktiraf kerana gagal mengadakan muktamar masing-masing pada tahun berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, perwakilan daripada kelima-lima kawasan itu tetap mengambil bahagian dalam proses pemilihan yang berlangsung di Petaling Jaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive