31 October 2009

Dr MAZA keluar Mazhab Shafie, Hanafi dan Hambali?

Saya difitnah! - Dr Asri

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kecewa dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Menurut beliau tuduhan berunsur fitnah tersebut timbul atas perasaan tidak puas hati pihak-pihak tertentu berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Sejak jawatan itu ditawarkan maka ada beberapa pihak yang barangkali tidak selesa, tapi itu tidak mengapa untuk mereka berikan pandangan.

"Mereka nak hantar (memorandum) kepada Yang di-Pertuan Agong tak ada masalah, tapi mereka mesti berikan fakta yang benar," katanya dalam sidang media tergempar di sini malam ini.

Jelas beliau antara tuduhan fitnah yang terkandung dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan dalam laman web PGSM ialah mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar dari Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Menurut Mohd Asri lagi tuduhan lain yang dianggap melampau ialah dakwaan yang mengatakan beliau telah mencerca golongan ulama seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Oleh yang demikian beliau menuntut supaya Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang menandatangani memorandum berkenaan supaya menyatakan bukti terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan.

"Untuk buat bantahan itu hak mereka, tapi bila beliau keluarkan beberapa tuduhan yang bagi saya membabitkan soal maruah dan keilmuan sehingga boleh menyebabkan perpecahan antara orang Islam... ini tuduhan besar.

"Saya minta beliau buktikan satu sahaja sama ada tulisan atau perkataan saya yang jadi bukti terhadap apa yang beliau sebut... saya beri tempoh selama satu minggu," katanya.

Tambah Mohd Asri, beliau menyedari salinan memorandum berkenaan dimuatkan dalam lawan web PGSM pagi tadi.

Bagaimanapun hasil semakan, salinan memorandum yang diedarkan kepada media dalam sidang media itu telah dipadam daripada lawan web berkenaan.

Antara tuduhan lain yang terdapat dalam memorandum berkenaan ialah Mohd Asri didakwa sering mengambil tindakan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kepentingan umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu dalam memorandum itu juga dinyatakan pendekatan ekstrem Mohd Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara khususnya negeri Perlis.

Juga dinyatakan bahawa cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahan dan beberapa kejadian pergaduhan.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap tuduhan berkenaan beliau berkata, "Cukuplah saya beritahu melalui media bahawa perkara ini adalah bohong, saya belum berfikir untuk saman."

Berhubung sama ada beliau berhasrat untuk membuat penjelasan bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini beliau berkata: "Saya harap Yang di-Pertuan Agong juga membaca penjelasan saya, tapi mungkin juga saya boleh fikirkan (untuk menulis penjelasan rasmi) jika ada ruang boleh juga."

Dalam pada itu, ditanya mengenai status tawaran jawatan YDP YADIM terhadapnya yang dibuat oleh Perdana Menteri pada September lalu, Mohd Asri berkata berdasarkan pekembangan terbaru ini, beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut.

"Apabila melihat kepada perkembangan ini, saya tidak berminat... itu keputusan saya," katanya.
Selain itu menurutnya, beliau juga mengambil kira pandangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau berada di pihak ketiga.

"Sebenarnya apabila jawatan ini timbul, saya bertanya pendapat Tun Dr Mahathir, beliau juga kurang bersetuju saya pergi mana-mana jawatan yang agak nampak di pihak kerajaan.

"Katanya elok saya jadi pihak ketiga, saya memang sedang menimbangkan nasihat beliau dua, tiga hari lepas... sebelum saya lihat memorandum ini," katanya.

Sementara itu Mohd Asri turut mencadangkan supaya Jabatan Audit Negara melakukan siasatan terhadap YADIM bagi menyemak tentang beberapa perkara.

"Apabila timbul isu YADIM ini, saya ada semak beberapa perkara, mungkin semakan saya ini betul ataupun salah.

"Saya mencadangkan kepada pihak audit negara supaya melakukan audit kepada YADIM sekarang, ini adalah perkara yang patut dibuat dan kita mungkin akan bertemu dengan banyak perkara," katanya tanpa mengulas lanjut. -mStar

Pemuda Gerakan nak kuburkan BN


KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.

Ketuanya Lim Si Pin berkata penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.
"Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan," katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.
Sehubungan itu, Lim mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.

"Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kesepakatan dan kerjasama perlu dicapai antara semua parti komponen BN dengan menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas sebagai iktibar dan mendapatkan semula sokongan pengundi pada pilihan raya umum dan kecil yang akan datang.

Katanya keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas menunjukkan bahawa aspirasi dan hasrat pengundi dan rakyat jelata telah menjangkaui batasan kaum.

"Banyak kerja pemulihan perlu dilaksanakan, misalnya semua rancangan sedia ada harus dikemaskinikan dan dikaji semula untuk meningkatkan semula imej parti Barisan Nasional," katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berharap kerajaan dapat membuat pindaan yang menyeluruh ke atas akta itu dan bila tiba masa yang sesuai dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang lebih berperikemanusiaan. BERNAMA

Tidur dengan gambar pemimpin dapat pahala berganda

Dah tak der isu ker Deris? Pemimpin pembangkang? Siapa? Hadi ker? Mustafa Ali? Nasa?
BESUT, 31 Okt (Bernama)-- Penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini dikesan mengamalkan kepercayaan terpesong kononnya akan beroleh pahala jika mereka tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh ketika mendedahkan perkara itu mahu pihak berkuasa relevan dan ilmun Islam di negara ini supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan penyelewengan akidah yang dipercayai didalangi pihak tertentu.
"Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memproleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu maka pahala berganda akan diperolehi oleh orang tersebut.
"Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas telah memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," kata Idris kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat daerah di sini pada Sabtu.
Katanya isu itu pernah timbul sebelum ini, namun akhir-akhir ini ia dikesan semakin menular di kalangan penduduk beberapa kampung di daerah ini.Idris yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Jertih berkata pihaknya mendapat laporan bahawa gambar pemimpin berkenaan bukan setakat dipamerkan di rumah malah pada kenderaan penyokong parti berkenaan.
Sementara itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata kepercayaan dan taksub kepada pemimpin sehingga tahap sedemikian jelas terpesong daripada akidah.
Katanya mereka perlu balik ke pangkal jalan dan beristiqamah kerana hukum hakam agama tidak boleh dipermain-mainkan.Beliau berharap pemimpin berkenaan memperbetulkan keadaan dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya.-- BERNAMA

Tubuh pasukan petugas peringkat tinggi mana pun .. penghujung "tiada kes"

Salam dan selamat tengahari
Ni pk awang nak cerita sikit pasai najib umumkan penubuhan pasukan petugas peringkat tinggi bagi menyiasat lapuran Ketua Audit Negara 08. ...
Kerajaan menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.
Pak awang nak kata la, hangpa tubuh lah menatang apa pun, badan apa pun, suruhanjaya apa pun, jawapan nya nanti tetap sama. Orang besar terlepas, yang kecik-kecik kat bawah ni yang sangkut. orang penang kata "pi mai pi mai dok tang tu juga". ... Ayat penghujung, penutup cerita tak mau bagi rakyat bising ... 'setelah disiasat didapati tiada kes, fail ditutup" ... rakyat dak muak dah dengan permainan hangpa tu.
Ambil saja contoh kes "correct, correct , correct" ... VK Lingam.
"Nampak macam saya, suara macam suara saya, tapi saya tak pasti adakah itu saya" ... antara kata Lingam pada anggota panel penyiasat semasa proses sisatan dijalankan. Dia ni pun boleh hantaq pi India belakun filem India.
Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang diketuai oleh Tan Sri Haidar Mohamed Nor, mendapati ada kes terhadap dakwaan yang mengatakan Lingam terbabit dalam penentuan perlantikan Hakim-hakim di Malaysia. Tapi penghujung nya, kes ditutup, tiada kes. Lingam dok gelak seronok dirumah. Hahahaha aku dah kelentong puak-pauk ni.
Dah tu macam mana orang nak percaya kat hangpa. Terang-terang hangpa pembohong rakyat. Ni najib tok sah duk perabih duit rakyat, tubuh itu tubuh ini, nak siasat itu, nak siasat ini, lepas tu "kes ditutup". Apa kejadah ya hangpa tubuh suruhanjaya kalau dah cakap suruhanjaya hangpa tak pakai.
Ni sama la dengan yang ini, tubuh pasukan petugas untuk menyiasat penyelewengan seperti yang terdapat dalam lapuran Ketua Audit Negara 2008. Ni hangpa jangan mengarut lah buang masa saja. Mampuih lah ....
Wassalam

Ibu muda tanam bayi baru lahir

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KELANA JAYA: Tidak tahan menyembunyikan rasa bersalah atas perbuatan anak gadisnya yang menanam bayi baru lahir menyebabkan seorang ibu nekad membuat laporan polis sebelum mayat bayi yang ditanam di kawasan pembuangan sampah itu ditemui.
Difahamkan, gadis berusia 15 tahun berkenaan yang melahirkan bayi tidak cukup bulan minggu lalu bertindak memasukkan bayi terbabit ke dalam bungkusan surat khabar sebelum dibalut pula dengan sarung bantal.
Gadis terbabit kemudian dikatakan menyembunyikan bayi yang sudah mati itu ke dalam plastik sebelum menanamnya di kawasan pembuangan sampah kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Cempaka, di sini.
Sumber polis berkata, ibu gadis terbabit yang mungkin berasa berdosa atas perbuatan anaknya itu dikatakan memaksa mangsa mengikutnya ke Balai Polis Kelana Jaya untuk membuat pengakuan terhadap perbuatannya itu.

Menurutnya, hasil laporan diterima itu, pihak polis dibantu lapan anggota forensik bertindak pergi ke lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang semalam bagi melakukan siasatan selain mengeluarkan mayat bayi berkenaan.

Pihak polis terpaksa memanggil ibu gadis terbabit yang berusia 50-an keluar dari rumahnya bagi menunjukkan lokasi tepat mayat bayi berkenaan ditanam di kawasan pembuangan sisa sampah pepejal berhampiran.
Susulan maklumat diperoleh itu, anggota polis forensik memulakan kerja menggali berhampiran kawasan belukar berkenaan sebelum menemui satu bungkusan plastik di dalam lubang sedalam kira-kira 0.2 meter.
Berdasarkan apa ditemui, polis membuka plastik terbabit sebelum menemui kertas surat khabar dan kain sarung bantal digunakan untuk membalut bayi terbabit yang dalam keadaan berdarah.
Bagaimanapun ketika ditemui, mayat bayi terbabit dikatakan mulai reput hingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti jantina serta punca kematiannya. Susulan itu, mayat bayi berkenaan yang sudah mereput terpaksa dibungkus dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Ibu gadis terbabit yang ditemui di lokasi kejadian mendakwa anak gadisnya sebelum ini diperkosa seorang lelaki kumpulan samseng sekitar Mac dan April lalu.Menurutnya, perbuatan itu menyebabkan anaknya mengandung sebelum melahirkan kandungan terbabit dalam keadaan tidak cukup bulan di rumahnya.
“Anak saya kemudian tanam bayi itu di depan rumah. Kalau simpan (mayat bayi) dalam rumah nanti akan berbau busuk,” katanya yang turut menemani polis ketika kerja menggali dilakukan.
Dia yang sudah kematian suami sejak beberapa tahun lalu mendakwa bayi terbabit dipercayai mati ketika dilahirkan tidak cukup bulan.“Mula-mula saya mahu diam tapi perkara ini adalah salah dan saya tidak mahu subahat.
Saya mahu orang jahat (suspek yang merogol anaknya) kena tahan polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut berikutan polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan. - myMetro

Harakah kenakan TGNA?


Apakah Harakah pun sudah jadi walaupun tidak sama, tapi hampir-hampir sama macam BH atau UM? Siapa punya kerja ni?

Suatu masa dulu iaitu ketika zaman Reformasi, Harakah menjadi pilihan ramai puak-puak reformis. Masa tu katanya jualan Harakah meningkat berkali ganda. Orang dah tak tengok berita harian, utusan malaysia.

Saya tak pernah ketinggalan untuk mendapatkan setiap keluarannya. Dipejabat-pejabat ada wakil pengedar (tak rasmi) Harakah. Tidak ketinggalam dipejabat saya, seorang muslimat PAS, Kak Yam lah tempat kami mendapatkan bekalan. Saya pelanggan tetap. Samada saya ada dipejabat atau tidak, Harakah tetap akan sampai di atas meja.

Tapi tahukah saudara/i siapa di belakang Harakah? Tak lain dan tak bukan ialah salah seorang antara antara 3 hamba Allah yang tak disukai oleh TGNA tu, Mustafa Ali. ... Puak-puak ni sepatutnya di terajang keluar saja dari PAS. Memutar belit cerita, menipu, menfitnah, ... Hampeh .... Apa Mustafa Ali buat? Baca di sini.

30 October 2009

Dr Maza - bekas Mufti Perlis - akan sertai PAS?


PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (http://www.drmaza.com/).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut. - mStar

Aduan salahlaku Nasa kepada Jawatankuasa Disiplin

Al Banjari telah mengesahkan perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Hasan Ali dan Nasaruddin semasa perjumpaan dalam Gelap dengan blogger2 UMNO. Perkataan2 tersebut adalah jelas satu penghinaan dan fitnah kepada PAS dan juga kepada beberapa orang kepimpinan PAS lebih-lebih lagi dihadapan blogger yang menjadi musuh tradisi PAS.

Perkataan2 yang disahkan oleh AlBanjari adalah:

Laporan beliau adalah:

a. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalamperbincangan ini.
b.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini.
Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
c.Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.

Dan bukti rakaman sessi itu telah pun diserahkan oleh Al Banjari kepada Ketua JK Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini mengikut pengakuan Al Banjari sendiri.http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/isu-pita-rakaman-berakhir.html

Ini bererti Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.

Dan bukti yang diberikan oleh Al Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin PAS Pusat bahawa Timbalan Presiden PAS harus dihadapkan dihadapan prosiding Jawatankuasa Disiplin atas tuduhan:

a. Memfitnah sesama pimpinan PAS
b. Melakukan aktiviti2 subversif yang berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam
c. Mendedahkan rahsia parti kepada blogger2 UMNO yang jelas musuh kepada PAS
d. Melakukan aktiviti yang merugikan Parti dan menguntungkan UMNO

Wallahualam
Tulang Besi

29 October 2009

PANAS: Rahsia pertemuan Hassan Ali - Blogger UMNO

KENAPA ADUN DAN AP PAS TAK LOMPAT PARTI?

oleh: Mahaguru58

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini saya dijemput Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan Shahir Mohd Shahir @ Roslan SMS untuk menghadiri majlis dailog ulung kali Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr.Hassan bin Haji Ali bertempat dikediaman beliau berdepan Masjid Al Ghufran d Pinggir Taman Tun Dr.Ismail.
Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!Maka kena lah terima siapa sahaja yang hadir.Sebenarnya saya telah menjemput ramai bloggers lain seperti :

Ahiruddin Atan @ Rockybru,
Zaharin Mohd Yassin @ Sang Kelembai,
Salahudin @ Voice.
Yusri Mohamad @ mantan Presiden ABIM,
Azril Mohd Amin @ Presiden Islamic Outreach ABIM,
Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz,
Zulkifli Noordin (PKR),
Sis Zabrina (MBA),
Syawal Yaacob(MBA),
GOMO (BPN),
Parpukari (BPN).

Rockybru tengah demam selesema - tak dapat datang ~ kirim salam kpd Dato Dr Hassan Ali.
Sang Kelembai sms janji nak datang ~ tak hadir akhirnya.
Voice ~ jawab sms dan telefon kata tak dapat hadir.
Yusri Mohamad ~ tak jawab sms.
Azril Mohd Amin ~ sms kata tak dapat datang - ada urusan lain.
Dato Kamal Amir ~ sms kata mungkin hadir - tak dapat juga.
Zulkifli Noordin ~ jawab telefon kata mungkin datang tapi tak dapat juga.
Sis Zabrina ~ jawab telefon kata teringin nak hadir tapi dah ada program lain.
Syawal Yaacob ~ tak respon langsung!

GOMO ~ tak hadir tetapi telah memanjangkan jemputan saya itu kepada kenalan beliau - 2 orang dari Neutral Daily. Saya terima permintaan mereka untuk hadir setelah mereka menelefon saya dan meminta izin untuk bersama dimajlis dailog tersebut. Roslan SMS dan Dato' Dr Hassan Ali tidak tahu langsong tentang tamu 'bidan terjun' ini. Harap semua faham akan perkara ini. Terimakasih. *
Parpukari ~ tak jawab sms langsong dan tak hadir.Mungkin jika kesekelian
... seterusnya di MAHAGURU58

Khalid tidak peduli jika Badrul melompat mana-mana parti

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak peduli jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti.
"Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.
Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditenui para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini hari ini.Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau.
"Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke manamana tidak kira," katanya.
Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya. BERNAMA

ADUN Pelabuhan Klang keluar PKR

Badrul mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur
gambar : malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, petang ini mengumumkan keluar dari PKR dan akan menjadi wakil rakyat bebas menyokong Barisan Nasional .

Hassan Ali patut dihukum

Selesai untuk pusingan pertama. Mesyurat Khas PAS yang berlangsung malam tadi di kuala lumpur selesai. Ramai yang berharap akan keputusan-keputusan drastik diluar jangkaan bakal berlaku. Apa akan jadi pada Hassan Ali, Nasha dan Mustafa, yang di awal nya seperti kata tuan guru, mereka-mereka ini perlu dibersihkan, demi menjaga imej PAS.

Tapi keputusan mesyuarat malam tadi, macam "cool" sangat. Tiada sebarang keputusan drastik yang seperti yang diharapkan oleh ramai di luar sini , kecuali mengeheret PAS Selangor ke jawatankuasa disiplin parti. Mesyuarat juga mengambil keputusan untuk PAS mengadakan satu Seminar pada 7 November nanti.

Apakah PAS Selangor bakal menerima padah dengan kecelupuran nya mempertikai Selcat? Selcat adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, untuk menyiasat pegawai-pegawai kerajaan negeri Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor Hassan Ali mempersoalkan tindakan Selcat melakukan siasatan terbuka terhadap beberapa Pegawai Daerah Selangor bersabit dengan pengunaan peruntukan wang wakil rakyat yang dihabiskan hanya dalam masa 2 bulan pertama 2008, iaitu sebelum PRU12 baru-baru ini.

Kemuncak kepada kemelut ini juga PAS Selangor telah memberi amaran yang mereka tidak teragak-agak untuk menilai semula kedudukan mereka dalam pakatan itu sekiranya tindakan-tindakan mereka terus dipertikai oleh PR. Apa ni? Ugutan ker?

Tindakan patut diambil, demi menjaga keutuhan Pakatan Rakyat, samada terhadap Pesuruhjaya nya atau kedua-dua nya sekali. Tindakan-demi tindakan PAS Selangor/Pesuruhjaya nya seolah-olah menampakan mereka tidak lah sesetia mana di dalam Pakatan. Mereka seolah-olah dapat berdiri sendiri walaupun tanpa rakan-rakan lain.

Apa rasional nya PAS menempelak tindakan Selcat? Padahal terdapat seorang wakil PAS, Saari Sungid (PAS Hulu Kelang) dalam jawatan kuasa tersebut. Tindakan menetang Selcat adalah seperti menetang kerajaan negeri.

Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah dengan tindakan Hassan Ali memanggil blogger-blogger UMNO (termasuk blogger PAS pro UG) kerumahnya di Taman Tun Dr Ismail dua malam lepas. Untuk apa semua nya itu? Walau pun katanya telah mendapat persetujuan Presiden? Betul ke semua ini?. (baca di sini dan di sini ). Kita tunggu saja apa sebenarnya isi kandungan pita rakaman perbualan malam tersebut yang telah di serahkan oleh wak albanjari kepada jawatankuasa disiplin.

Sama-sama kita tunggu tindakan yang bakal diterima PAS Selangor dan Pesuruhjaya nya.

28 October 2009

PKR Sabah sedang menuju ke penghujung? - pkfz nizar altantuya


Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.

Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.

Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.

Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.

Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.

Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar 'ribut dalam cawan', apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.

Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.

Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.

Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.

Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.

Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya. - mStar

Apakah yang berlaku dalam PAS malam ini?

Oleh The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Oct 28 — Mulai Jam 8.30 malam ini, para pemimpin utama PAS akan berhimpun di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mereka akan berhimpun untuk menyertai satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang dipanggil presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang menjadi tumpuan malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menulis dalam blognya mengkritik pimpinan utama PAS dan mencadangkan agar diadakan satu muktamar khas untuk menukar mereka.

Beliau yang berlepas dari Kota Bharu petang tadi dijangka akan menyertai mesyuarat ini walaupun pada awalnya tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Bahkan beliau telah memberikan pesanan kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, apa yang hendak beliau sampaikan kepada pucuk pimpinan PAS.

Namun, selepas dinasihatkan oleh para pegawainya, Nik Aziz akan menyertai mesyuarat pada malam yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi sebagai presiden PAS.

Turut serta dalam mesyuarat ini adalah semua AJK PAS Pusat dari presiden, timbalan, naib-naib presiden, ketua-ketua dewan dan AJK yang lain. Di samaping mereka, sebagaimana biasa, turut serta dalam mesyuarat ini adalah 13 para pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

Apakah yang akan berlaku malam ini? Inilah yang hendak diketahui oleh semua mereka yang berada di luar bahkan yang bakal berada dalam mesyuarat ini.

Menurut kebiasaannya, sebagai pihak yang memulakan sepak bola isu ini, Nik Aziz dijangka akan memberikan penjelasan kenapa beliau menulis sedemikian.

Kenapa beliau mencadangkan presiden, timbalan dan setiausaha agung PAS ditukar.

Sudah tentu Nik Aziz akan memberikan sebab-sebabnya yang sehingga kini orang luar hanya boleh meneka sahaja. Misalnya, Nik Aziz marah cara para pimpinan PAS mengendalikan isu Datuk Dr Hassan Ali di Selangor.

Pokok isu kini adalah apakah Nik Aziz berjaya mendapatkan apa yang disebutkan dalam blognya iaitu satu muktamar khas untuk menukar pimpinan PAS yang ada.

Nampaknya, berdasarkan mood yang ada, amat sukar. Bukan kerana mereka tidak bersetuju dengan pandangan Nik Aziz itu tetapi persoalannya siapakah ganti kepada Abdul Hadi misalnya.
Apakah orang itu terlebih baik dari Abdul Hadi. Menurut Prof Abdul Aziz Bari, sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan asal yang menjadi rujukan Nik Aziz, Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah lebih baik dari Abdul Hadi berdasarkan kerajaan Kedah lebih baik dari kerajaan Terengganu pimpinan Abdul Hadi dahulu.

Benarkah begitu? Adakah ahli mesyuarat ini akan bersetuju jika dibawa pandangan sebegitu. Adalah diyakini, jika mengundi, akan terlebih ramai ahli mesyuarat ini akan memihak kepada Abdul Hadi.

Namun begitu, sebagaimana yang dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya baru-baru ini, jarang sekali pengundian berlaku dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka akan cuba mencapai kata sepakat dalam membuat sesuatu keputusan bukannya mengundi.

Ramai juga yang menimbulkan persoalan, kalau begitu apa yang akan dicapai dalam mesyuarat ini. Adalah diyakini, dalam mesyuarat ini yang dicari mereka adalah kata sepakat. Untuk itu, sebagaimana keputusan mesyuarat Dewan Pemuda PAS malam tadi, mereka akan berterus terang malam ini.

Pokoknya adalah pendekatan yang PAS mahu ambil dalam menentukan halatuju parti. Hendak berbaik-baik dengan Umnokah sebagaimana yang digembar-gemburkan atau benar-benar memperkuatkan Pakatan Rakyat.

Adalah diyakini, PAS akan berpendirian memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan muktamar yang lalu dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba mendekati Umno.

Kalau benarlah ini yang dicapai, Nik Aziz akan berpuashati dan tidak perlulah muktamar khas itu

Berfikir lah sebagai Wakil Rakyat, bukan sebagai Mat Despatch - pkfz nizar

Email pembaca

Assalamualaikum,

Sebelum apa-apa biarlah saya jelaskan bahawa saya bukan lah seorang ahli UMNO dan juga bukan seorang ahli PAS atau PKR apatah lagi DAP, sekadar seorang hamba Allah yang ingin meneruskan hidup di Malaysia yang sudah tidak boleh dikatakan aman damai lagi ini.

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah mengenai situasi politik semasa di Perak. Sebagai seorang rakyat malaysia yang tidak mewakili mana-mana parti politik, jadi ulasan saya ini tidak lah merangkumi sesuatu yang terlampau dalam, hanyalah sekadar ulasan luaran berdsarkan lapuran dari blog-blog dan sedikit dari akhbar-akhbar dan apa yang saya rasa.

HARAM mungkin boleh saya katakan topik coretan ini. Walaupun ketiga-tiga HARAM ini berlainan, satu nya memang di HARAMkan disini agama Islam kita, satu lagi di HARAMkan oleh Majlis Fatwa dan yang satu lagi tu HARAM disegi undang-undang (katanya lah)

MB Haram, Speaker Haram, persidangan Haram, dan macam-macam lagi haram lah. Perkataan HARAM ini lah yang membuatkan situasi politik perak terus bergolak, terutama apabila tiba setiap kali sidang DUN nya. Dan yang terbaru pada hari ini.

Ingin saya tekankan disini istilah haram ini. Kalau disisi Islam, berdosa kita melakukan sesuatu yang HARAM. Semua orang tahu. Tapi kilang beer di Shah Alam tetap meneruskan aktiviti pengeluaran produk HARAM nya tanpa ada sebarang gangguan pun. Baik kerajaan negeri mahupun rakyat nya. Orang tak ambil kisah, janji masing-masing dapat hidup dapat meneruskan aktivit-aktiviti harian dengan aman, selamat sudah cukup. Wakil-wakil rakyat nya juga diam seribu bahasa bersabit perkara ini. Kerana masing-masing tahu, kalau menyalak pun seperti anjing menyalak bukit. Segala-galanya telah ada disana, tak akan dapat diubah lagi.

Begitu juga dengan konsert Jom Heboh, yang mana majlis fatwa yang di ketuai oleh Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria telah mengeluarkan fatwa bahawa ianya HARAM, tapi konsert terbaru mereka yang di adakan di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahah lepas berjalan dengan baik tanpa ada apa-apa gangguan pun. Kerana kalau diganggu pun tak akan mendatangkan apa-apa kesan. Sekadar boleh buat kecoh saja lah. Jadi sementara itu terima sajalah walaupun ianya HARAM, sehingga betul-betul konsert Jom Heboh ini di haramkan keseluruhannya.

Kedua-dua negeri yang disebutkan di atas adalah negeri-negeri di bawah PR.

Jadi berbalik kepada situasi HARAM di Perak ini. MB HARAM Speaker Haram, persidangan DUN Haram. Sebagai orang biasa, orang bawahan, bukan orang politik, orang yang tidak fasih undang-undang, inginlah saya bertanya kepada Adun-Adun PR Perak, atau pemimpin-pemimpin PR Perak, atas apa alasan kah yang setiap kali diadakan sidang DUN akan terjadi huru hara seperti apa yang berlaku pada pagi ini dan pada persidangan yang lalu?

Apakah tidak boleh masing-masing menghadirkan diri seperti biasa tanpa ada apa-apa kenyataan yang boleh menggangu-gugat perjalanan persidangan, tanpa perlu melibatkan pihak-pihak berkuasa keselamatan. Bukan kah Perak kini (secara HARAM katanya) telah dimiliki oleh BN. Jadi apa perlu (buat sementara ini sebelum mahkamah membuat keputusan) kita menentang kerjaan (HARAM) BN itu? Untuk apa? Hadirkan lah diri tuan-tuan seperti biasa, seperti sebelum-sebelumnya tanpa perlu ada sebarang kekecohan. Saya rasakan kalau semua yang terlibat dapat menerima (sementara) kerajaan (HARAM) BN , insyaallah semua akan berjalan dengan baik.
Biarkan lah dia HARAM, tapi sebagai wakil-wakil rakyat (Yang Halal) ini, jalankan lah tugas-tugas seperti yang telah diamahkan oelah rakyat seperti biasa. Rakyat memilih ADUN. bukan rakyat memilih kerajaan. Kebetulan PR mempunyai kelebihan kerusi, maka jadilah ia sebagai kerajaan, tetapi apabila kerusi nya kurang akibat perbuatan "kurang ajar" wakil-wakil nya, maka buat sementara waktu ini, terimalah saja ketentuan Nya itu.

Tapi rupanya lain pulah jadi nya. Masing-masing inginkan kuasa. Ingin mentadbir Perak. Inilah sebenarnya.

Perhatikanlah saja perjalanan hidup seharian orang-orang Ipoh, nampak aman damai sahaja, keseluruhan Perak juga. Tiada ada tanda-tanda ketidak puasan hati di kalangan rakyat. (setakat apa yang saya nampak, dalam hati mereka tidak lah saya tahu) Jadi apa perlu kita terlampau mengambil kisah tentang MB Haram, Speaker Haram dan macam-macam lagi HARAM yang sengaja di timbulkan? Sebaliknya apa yang perlu dilakukan oleh adun-adun PR ialah dengan memantapkan diri masing-masing untuk menghadapai PRU13, bukan dengan membuat kecoh setiap kali sidang DUN

Bila berlaku situasi-situasi seperti pagi tadi, rakyat gelisah. Penduduk Ipoh (mungkin) marah. Keadaan Ipoh katanya (seperti dilapurkan di dalam blog-blog) menjadi seperti medan perang. Pasukan polis dimerata-rata. Tidakkah ini menyusahkan rakyat, khususnya penduduk Ipoh. Yang mungkin boleh menanam bibit kebencian mereka terhadap PR.

Jadi untuk Adun-Adun PR, berfikirlah secara waras. Jangan hanya nampak pada kuasa. Rakyat juga perlu diberi perhatian. Jangan lah hanya kerana tak dapat membawa masuk kamera ke dalam dewan pun seolah-olah sudah menjadi satu isu besar. Berfikir lah sebagai seorang wakil rakyat, bukan sebagai mat despatch ...

Sekian dari saya
Adam Chik - Kajang - Selangor

Ada ahli PAS cuba runtuhkan PR?

Wednesday, October 28, 2009

Pengkhabaran tentang terdapat segelintir tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) bertiup kencang sebelum Muktamar Pas beberapa bulan yang lalu. Golongan ini digelar sebagai golongan "pro muzakarah" atau pro Unity Government (UG). Lawannya pula gelar golongan "erdogan" yang mana menyokong PR. Namun begitu, beberapa hari yang lalu Pas digoncang lagi dengan isu EGM yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Melalui isu ini juga frasa "pimpinan pro Umno" dipopularkan, menjadikan isu ini semakin serius.
Isu ini menjadi bertambah panas apabila ia menjadi bola tanggung kepada pihak Umno untuk smash ke gelanggang Pas. Buktinya mudah sahaja, pada hari ini akhbar pro Umno memberi liputan khas kepada musuh Umno ini. Begitu jarang akhbar tersebut memberi perhatian dan "kasih sayang" sedemikian rupa.
Dengan tajuk muka depan yang lebih besar berbanding berita tentang belanjawan 2010.Dalam ruangan itu, para pemimpin Umno memberi komen tentang keruntuhan empayar Pas dan PR. Tujuannya hanya satu iaitu "hancurkan Pakatan Rakyat". Itulah bahayanya memberi senjata kepada lawan. Sesaat berkedip mata, musuh terus pacak senjata ke kerongkong. Itukah yang Pas mahu?
Dalam situasi memperkuatkan PR, Pas tidak perlu menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya. Pas bukan parti baharu seperti PKR. Berbeza pandapat dan kewujudan masalah dalah perkara biasa tetapi mendedahkan kelemahan didepan musuh semasa pertarungan sengit berlangsung merupakan sesuatu yang agak janggal.
Apakah Pas tidak menyokong PR sepenuh jiwa raga? Wujudkah pimpinan Pas yang tidak menyokong PR? Wujudkah pimpinan Pas yang meruntuhkan PR? Apakah jika seorang pemimpin yang ingin mendaulatkan Islam di bumi Selangor dihukum sebagai pro Umno?
Salah ke jika beliau membela maruah penjawat awam? Apakah beliau tidak memahami tugas sebagai exco apabila mengkritik Selcat? Beliau dilihat lebih memahami golongan penjawat awam kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah.
Seorang lagi tertuduh sebagai pro Umno bukan calang-calang orang. Orang nombor dua Pas sendiri mendapat bahana. Beliau dihina, dikeji oleh penyokong parti sendiri. Patutkah ini berlaku? Perlukah beliau ditukar selepas memenangi pemilihan dengan tertib, demokrasi dan sokongan majoriti?
Seorang lagi yang dituduh merupakan orang lama Pas. Beliau pernah menjadi ketua pemuda Pas ketika pas ditendang dari kandang BN. Hampir 40 tahun bergiat dalam politik Pas, tiba-tiba dicadangkan ditukarkan kerana dituduh pro Umno. Tetapi dalam sidang medianya semalam beliau menyatakan bahawa beliau penyokong paling kuat PR. Bagaimana nasib ketiga-tiga pimpinan Pas ini?
Jika dibuat kajian mendalam apakah ini adil? bagaimana dengan pimpinan parti kompenan PR yang lain? Apakah mereka setia dengan PR sekiranya tiga orang dari PKR dan seorang dari Dap yang keluar PR? kenapa tajuk tentang ketidaksetiaan pimpinan Dap dan PKR tidak digembar gemburkan sampai hancur laman sesawang? Jika tuduhan terhadap pimpinan Pas yang belum tentu sahih sudah menjadi tajuk besar.
Apatah lagi pimpinan parti sendiri yang menyerang rakan sendiri. Apakah kita terdengar pimpinan PKR dan Dap membedal rakan mereka dengan tuduhan? Bila sudah terbukti rakan mereka keluar parti dan meruntuhan PR, apakah komen yang diberikan oleh pimpinan parti komponen tersebut? cuba bandingkan pimpinan PKR atau Dap dengan Pas.
Nasib masih menyebelahi Pas apabila EGM ditukarkan sebagai mesyuarat khas. Moga peristiwa dan kemenangan PR dalam PRU12 menjadi pengajaran kepada semua. Itu baharu Allah bagi sedikit, kita sudah gelabah. Bagaimana PR mahu rampas Malaysia jika perkara begini tidak diatasi? Mungkinkah rakyat akan percaya PR mampu memerintah Malaysia. Sama-sama kita fikirkan.--detikdaily

27 October 2009

S/U Agung PKR Nafi letak jawatan

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pada jam 8.32 malam ini mengesahkan bahawa beliau tidak melepaskan jawatannya sebagaimana yang diperkatakan oleh orang-ramai sejak lewat petang tadi.

Dalam SMS ringkasnya kepada soalan wartawan mStar Online, Ariffuddin Ishak, "benarkan Datuk telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti", Salehuddin hanya menjawab ringkas "TIDAK BENAR".

Lewat petang tadi, khabar angin bertiup kencang mengatakan kononnya Salehuddin telah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa dasar pucuk pimpinan parti .

Dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali ketika dihubungi mStar Online turut memaklumkan bahawa beliau juga telah mendengar mengenai khabar angin tersebut tetapi tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sebarang surat hitam putih.

"Ya saya turut mendengar kononnya beliau meletakkan jawatan tapi sehingga sekarang saya tidak melihat adanya surat rasmi mengenai peletakan jawatan itu atau dimaklumkan secara rasmi," kata Dr Syed Husin. - mStar

PAS tak akan pecah

Oleh Prof Abd Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada. -- seterusnya

Isu Kerajaan Perpaduan/EGM - Perjumpaan Sulit di rumah Hassan Ali - pkfz nizar

Ini lah sebabnya, TGNA yang lebih memahami masalah dalaman PAS, telah meminta diadakan EGM atau pun kini sudah bertukar menjadi Mesyuarat Khas. Tujuan nya bagi mengelak isu panas UG atau kerjaan perpaduan atau kerjasama PAS dan UMNO menjadi kenyataan. Sebelum isu tersebut meletup , elok lah puak-puak pro Umno ini samada di bersihkan atau disingkirkan terlebih dulu dari PAS.
Untuk makluman semua satu pertemuan tertutup telah di adakan di rumah Hassan Ali di Taman Tun Dr Ismail malam tadi dengan para-para blogger PAS juga blogger Umno. Turut hadir ialah Nasharuddin Mat Isa.
Kenapa perlu ada pertemuan sulit/tertutup ini. Ini menampakkan isu UG yang kononnya telah pun di "tutup kes" sebenarnya masih panas, masih di perbincangkan secara sulit oleh puak-puak yang diketuai Nasha, Mustafa dan Hassan Ali.
Kenapa dan apa yang mereka cari (kumpulan pro Umno dalam PAS) kalau bukan pangkat dan kedudukan? Ikuti lapuran seterusnya di sini dan di sini
Petikan artikal yang saya ambil dari Blog PAPA GOMO (blogger UMNO);-
Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Sesi dialog bersama Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.
Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.
Nik Ajis telah menyatakan ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Pas. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edrogan lah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas.
Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.
Nik Ajis telah mengeluarkan Tuduhan kepada individu yang tidak bersalah. Dan wajar Nik Ajis memohon maaf atas tindakan nya yang kurang pengetahuan itu. Fitnah yang Nik Ajis lemparkan adalah sangat Berat Dosanya. Moga Nik Ajis sedar akan kesilapan yang di lakukan nya.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

Langkah terakhir TGNA selamatkan PAS - pkfz nizar

oleh : Amin Iskandar @ TMI

OKT 27 — Pilihanraya Umum (PRU) ke 10 pada tahun 1999 menyaksikan PAS meraih keuntungan dari gerakan Reformasi dimana negeri Terengganu Berjaya dirampas, negeri Kelantan dipertahankan dan dikalangan Barisan Alternatif yang terdiri dari PAS, Parti Keadilan Nasional (PKN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), PAS memenangi paling banyak kerusi parlimen.

Arwah Ustaz Fadhil Noor ternyata bijak berpolitik apabila beliau terus mendekatkan dirinya dengan sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang Malaysia dan merupakan satu peristiwa yang bersejarah kerana sebelum itu, jawatan tersebut dipegang oleh DAP.

Pada ketika gerakan Reformasi memuncak dan demonstrasi demi demosntrasi dianjurkan untuk mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan, akhbar Harakah, lidah kepada parti PAS laris dan laku dijual dipasaran.

Peristiwa bersejarah itu juga telah menjalinkan hubungan diantara aktivis-aktivis PAS dengan aktivis-aktivis Reformasi dan NGO yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.


Perhubungan tersebut telah menyebabkan persefahaman timbul diantara mereka. Aktivis-aktivis Reformasi dan NGO mula memahami aktivis-aktivis PAS dan begitulah sebaliknya. Hubungan mesra ini terjalin dan sikap tolenransi timbul oleh kerana objektif yang satu, menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Apabila kerajaan Dr. Mahathir merampas royalti minyak milik negeri Terengganu yang dipimpin oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu, aktivis-aktivis Reformasi dan NGO turut turun bersama-sama dengan aktivis-aktivis PAS berdemonstrasi untuk mempertahankan “harta” milik rakyat Terengganu itu.

Semuanya dilakukan untuk memastikan negeri yang baru sahaja diambil oleh “rakyat” itu dapat dipertahankan.

Kesombongan dan kebodohan “membunuh” Umno yang pada ketika itu gusar oleh kerana kehilangan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu sewaktu PRU 1999 telah menimbulkan isu perpaduan dengan PAS.

Pada ketika itu, debat agar Melayu bersatu ditimbulkan. Tidak banyak bezanya dengan Muzakarah atau Muqabalah selepas PRU 2008. Kemuncaknya ialah apabila Presiden Umno, Dr. Mahathir dan Presiden PAS, Arwah Ustaz Fadhil Noor berjaya dinaikkan diatas satu pentas dalam isu Palestin. Nasharuddin Mat Isa yang kini Timbalan Presiden PAS adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS pada ketika itu.

Walaupun kedua-dua presiden parti Umno dan PAS bersama-sama dalam isu Palestin, signal yang ingin disampaikan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu ialah “Melayu” tetap bersatu.
Peristiwa 11 September 2001 telah memberikan keuntungan yang besar kepada Umno. Terutamanya dalam memberikan imej “Militan” kepada PAS kepada pengundi-pengundi bukan Melayu.

Abdul Hadi Awang yang mengambil alih jawatan Presiden PAS selepas meninggalnya Arwah Ustaz Fadhil seakan-akan memberikan “vitamin” kepada Umno apabila mengeluarkan dokumen negara Islam.

Tindakan Abdul Hadi telah mendorong DAP keluar dari Barisan Alternatif. Ini telah menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) bersorak kegembiraan.

Peristiwa-peristiwa seperti ini menambahkan lagi ketakutan rakyat bukan Melayu dan Melayu terhadap PAS. Insiden-insiden yang berlaku sepanjang 1999-2004 telah menyebabkan “hukuman besar” diberikan oleh pengundi-pengundi kepada Barisan Alternatif.

Desakan dalaman Umno telah menyebabkan Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Tindakan ini adalah tindakan yang tepat. Sebagai hasilnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr. Mahathir telah berjaya menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004. Malahan dikatakan kemenangan terbesar yang pernah dicapai oleh BN.

DAP yang mengambil tindakan yang tepat apabila keluar dari Barisan Alternatif sebelum PRU 2004 telah berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang mereka kalah dalam PRU 1999 dan Lim Kit Siang kembali menjadi Ketua Pembangkang. Parti Keadilan hanya berjaya memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pauh, kerusi tradisi Dato Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz dan “geng perpaduan”

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah penentang utama kepada idea-idea penubuhan kepada kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno.

Idea ini adalah kesinambungan daripada apa yang berlaku selepas PRU 1999. Idea ini timbul kembali selepas PRU 2008. Malahan watak-watak yang terlibat selepas PRU 1999 turut memainkan peranan besar pada ketika ini.

Nik Aziz yang telah berada dalam PAS sewaktu parti tersebut menyertai Barisan Nasional selepas 13 Mei 1969 dahulu tahu akan permainan atau “trick lama” ini. Sudah pastilah beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itulah beliau menentang keras cadangan untuk “berpadu” dengan Umno.

Beliau lebih percaya PAS mempunyai masa depan yang cerah bersama Pakatan Rakyat berbanding bekerjasama dengan Umno.

Terbaru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mencadangkan agar muktamar khas diadakan oleh parti tersebut untuk membincangkan mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang.

“Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

“Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

“Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?” kata Nik Aziz dalam blognya beberapa hari lalu.

Tulisan Nik Aziz dalam blognya adalah respon kepada analisis Dr. Aziz Bari, ahli akademik Universiti Islam Malaysia (UIA) yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan permasalahan yang ditimbulkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hassan Ali dalam isu “beer” dan Selcat.

Dr. Aziz turut mengkritik Abdul Hadi sebagai Presiden PAS kerana tidak bersuara apabila kekecohan ditimbulkan oleh pemimpin PAS dinegeri Selangor dan menyamakan pemimpin tersebut dengan Tun Abdullah Badawi ketika memimpin Umno yang seringkali berdiam diri apabila anak-anak buahnya membuat “onar”.

Dr. Aziz turut berpendapat bahawa sudah tiba masanya Hassan Ali disiplinkan tetapi turut mengakui ianya sukar dilakukan oleh kerana Pesuruhjaya PAS tersebut disokong kuat oleh pemimpin PAS Pusat seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Langkah terakhir Mursyidul Am untuk selamatkan PAS

Dalam muktamar khas yang dicadangkan, Mursyidul Am PAS menekankan keperluan kepada proses pemilihan yang ringkas, telus, dan melindungi kerahsiaan undi.

Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan agar muktamar khas itu diadakan selama sehari atau dua hari mengikut kepada keperluan.

Kenyataan “radikal” menteri besar Kelantan itu adalah mengambil kira sentimen pengundi-pengundi muda dan bukan Melayu terhadap PAS. Ramai yang menyokong PAS kerana gagasan “Negara Berkebajikan” yang “dijual” semasa kempen PRU 12 bertukar menjadi “Unity Government”.

Dosa-dosa pemimpin PAS seperti Hassan Ali yang bertemu dengan pemimpin Umno selepas 8 Mac masih belum lagi dimaafkan oleh pengundi-pengundi yang memenangkan PAS terutamanya bagi pengundi-pengundi atas pagar dan bukan Melayu.

Hati mereka dirobek lagi apabila Hassan Ali “membuat kacau” dalam pentadbiran negeri Selangor yang seharusnya menjadi contoh pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ini ditambah lagi dengan tindakan Pemuda parti tersebut yang tidak habis-habis “melawan konsert” berbanding dengan melawan rasuah dan penyelewengan harta rakyat.

Cadangan Nik Aziz ini dilihat sebagai langkah terkahir untuk menyelamatkan parti tersebut daripada “dihukum” oleh pengundi dalam PRU akan datang. Beliau pastinya tidak mahu lagi melihat “peristiwa PRU 2004” berulang kembali dimana undi dan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat beralih 360 darjah kembali kepada BN.

Ini tidak mustahil berlaku jika PAS tidak sanggup mengorbankan pimpinan tertinggi mereka yang disokong kuat oleh akhbar Utusan Malaysia sebelum pemilihan agung bulan Jun lalu.

Penulis telah menerima anugerah zamalah Asia Public Intellectual (API) dari The Nippon Foundation bagi tahun 2009-2010 dan kini adalah fellow API yang membuat kajian dalam sejarah pemantauan pilihanraya di Filipina dan Indonesia.

26 October 2009

PAS mula takut pada blogger


Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Dan banyak lagi…!

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Penulis blog bukan goblok…!

- bongkar sauh

Mahathir minta TGNA tinggalkan PAS - nizar pkfz

Who the hell r u mahathir ... siapa hang Mahathir ...

Mahathir ni cakap macam tak sedar diri la. Minta TGNA keluar atau tinggalkan PAS kerana katanya terlalu lama TGNA menguasai PAS.


KUALA LUMPUR, Oct 26 — Former premier Tun Dr Mahathir Mohamad today urged PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Abdul Aziz to step down, saying that the Kelantan mentri besar is doing more harm than good to the party by overstaying.

His statement, made against the backdrop of a power tussle in PAS, is apparently aimed at driving a deeper wedge into a party that is already split between factions keen on co-operating with Umno and those committed to Pakatan Rakyat (PR).

"He's been PAS leader for too long. He has overstayed his post and when you do that, you tend to get a bit senile... like me," Dr Mahathir said in jest at a press conference.

"I believe that no leader should stay on too long because if you do, you tend to become kolot (conservative)," he said, adding that was what people had called him when he stayed on as prime minister for 22 years.

Nik Aziz had recently made a bold call for PAS to hold a special assembly to oust “problematic” leaders, a statement believed to be targeted towards the pro Umno-PAS co-operation faction led by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

The PAS spiritual leader believes Hadi's faction, consisting of deputy president Nasharuddin Mat Isa, party secretary-general Datuk Mustafa Ali and Selangor chief Datuk Dr Hasan Ali, was hampering closer ties with its PR allies.

His statement rocked PAS and precipitated another crisis just after it barely survived Umno's attempt to split the pact by courting Hadi's faction.

Though Dr Mahathir seemed to be at odds with the whole "unity government" talks with PAS, the former premier however appears to be siding Hadi on this one.

He, just like other Umno and Barisan Nasional leaders, said Nik Aziz is a stooge to his sworn enemy, PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"He wants to get rid of Hadi because he is under Anwar and Hadi wants to try and co-operate with Umno."

But Dr Mahathir is not all for co-operation with PAS either. He said for it to happen, both parties must "give and take".

"But Umno wants to take and PAS don't want to give... so how?" said the former premier with a smile.

- By Syed Jaymal Zahiid @ TMI

25 October 2009

Mesyuarat Khas ganti EGM - Salahuddin

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya telah mengendur sikit tekanannya supaya PAS segera mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) tetapi kini hanya meminta diadakan Mesyuarat Khas sahaja.

Pendirian tok guru PAS ini berubah selepas Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu semalam.

Oleh itu, katanya isu supaya diadakan EGM sudah tidak berbangkit lagi.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS.

“Jadi kita akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat ini. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang dilihat sebagai bermasalah iaitu sama ada masih bercakap soal kerajaan perpaduan ataupun bercakaran dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Kedua-duanya tidak digemari oleh Nik Aziz. Dan tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" itu ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkannya (mengenai EGM)," kata Salahuddin.

Wajarkah EGM PAS diadakan?


OKT 25 — Bak kata orang tanpa ribut, tanpa taufan dan ketika tumpuan arena politik negara diberikan kepada perbalahan yang berlaku dalam MCA, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan kejutan.

Beliau mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin PAS yang menyokong perpaduan dengan Umno diterima atau ditolak daripada parti itu.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu telah mengejutkan banyak pihak malah penulis difahamkan tiga pemimpin yang dianggap oleh beliau harus “dibersihkan” terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali secara tiba-tiba menjadi sasaran “tembakan” Nik Abdul Aziz.

Beliau menyatakan perasaan sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, tahun lalu yang menolak kerjasama dengan Umno.

Apa pun sebagai Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz berhak memberikan pandangan tetapi persoalannya wajarkah EGM tersebut diadakan hanya semata-mata ada tanggapan bahawa terdapat usaha oleh ketiga-tiga pemimpin itu bekerjasama dengan Umno?

Seingat penulis isu kerjasama dengan Umno sudah lama tidak dibangkitkan oleh mana-mana pemimpin PAS selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini memutuskan untuk mengukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Justeru apabila muktamar itu berakhir, segalanya di dalam PAS dilihat “molek” dan cantik. Kesemua pemimpin PAS bersatu “turun ke padang” bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, di Kelantan.

Walaupun ketika itu, Nasharuddin dikatakan dilarang turun berkempen namun beliau akhirnya muncul dan kehadiran beliau dijadikan bukti oleh PAS bahawa tiada perpecahan berlaku dalam parti tersebut.

Malah sepanjang tempoh itu juga ketiga-tiga pemimpin yang dikaitkan turut tidak mahu menyentuh lagi soal sebarang kerjasama dengan Umno.

Berikutan itu, pelbagai pihak melihat bahawa tiada pergolakan dalam PAS, biarpun pada awalnya perpaduan di dalam PAS dikatakan agak tergugat berikutan sengit dalam pemilihan parti baru-baru ini. Dan keadaan itu diteguhkan lagi dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS di semua peringkat yang menganggap bahawa isu Pas bergolak atau berpecah hanyalah permainan media.

Tetapi kenyataan Nik Abdul Aziz boleh dianggap api dalam sekam yang semakin marak dan membuktikan hakikat selama ini bahawa sememangnya berlaku pergolakan secara senyap dalam PAS.

Namun begitu dalam keadaan sekarang, pemimpin dan ahli PAS tidak harus melatah. Mereka tidak perlu sewenang-wenangnya bersetuju dengan cadangan Nik Abdul Aziz itu. — Mingguan Malaysia


zulkiflee-bakar @ TMI

- Harakahdialy tidak adil dalam melapurkan isu EGM

Nasha, Mustafa dan Hassan Ali perlu 'dibersihkan' - TGNA

'Tiada siapa jadi dalang'

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
dan RODELIO JUNJUN

KOTA BHARU 24 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan.

Sambil mempertahankan pendiriannya, beliau menegaskan isu yang tercetus daripada apa yang dianggapnya sebagai cadangan itu diluahkan dengan ikhlas demi masa depan parti yang telah dipupuk sekian lama.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas.

''Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang.

Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila," katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu.

Ramai kalangan ahli Pas tidak percaya bahawa beliau membuat pertimbangan sendiri dalam mengemukakan gesaan itu melainkan dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Menurut Nik Abdul Aziz, tidak perlu lagi baginya untuk terus menjelaskan persoalan itu dan terserah kepada parti sama ada menerima atau tidak.
ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor dekat sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui EGM walaupun ia mungkin menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya.

Ditanya apakah tiada pendekatan lain untuk menyelesaikan persoalan berbangkit, beliau berkata: ''Saya tak mahu buat benda lain, saya sebut sekali. Terima. Alhamdulillah, tak terima tak apa.. saya tidak memaksa.

''Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama."

Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.

Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuatnya itu sebagai langkah terakhir untuk menyiapkan kepimpinan sebelum melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

''Selagi umur saya ada, banyak lagi yang terakhir," ujarnya.

Menyentuh mengenai kemungkinan perubahan barisan kepimpinan melalui EGM tidak akan tercapai sekiranya perwakilan mahu mereka terus dikekalkan, beliau berkata:

''Saya tak perlu jawab, jawab yang ini timbul yang lain pula."

Namun beliau mengulangi bahawa sekiranya apa yang dimahukan tidak diterima oleh parti, ia tidak akan mengecewakannya kerana beliau cuma memberikan buah fikiran.

''Saya tak kecewa kalau orang tak terima... dalam dunia ini kalau nak kecewa, selama-lamanya kecewa," ujarnya.

24 October 2009

1 Utama, Wan (One) Zaleha Radzi, 1Toilet dan 1Malaysia ... kah kah kah


One this, one that, who so like that one? — Mohsin Abdullah

OCT 24 — I may be wrong but if I’m not mistaken it all started with a shopping complex. The first or at least among the first to use the number 1 to name their brands was the shopping complex in Bandar Utama in Petaling Jaya. It was named 1 or (one) Utama. This was what, way back in the early 90s? Anyway now simply many call it 1U.

When 1Utama became somewhat famous, the “1” thing caught on with a number of folks. Typically Malaysian. Remember “Wisma”? It started with the government naming the foreign affairs ministry Wisma Putra. It didn’t light an immediate fire but after a while the Wisma bug bit many among us. Hence we have buildings named “Wisma this” and “Wisma that”. Even coffee houses became Wisma Kopi.

Well back to 1 Utama. Like I said earlier, after the success of 1Utama, many premises, residential areas, etcetera started using the “1” prefix. I don’t have to name them as you know what and where these places are. This went on for years. No big deal. No big hoo-haa.

Then, as we all know, when Datuk Seri Najib Razak became PM he introduced the noble concept of 1 Malaysia. Suddenly the “1” bug started biting all over again, all over the place. If it’s because of support for the concept then we all should feel proud and good. A round of applause for Najib. If it’s just to be in the good books of the PM, then “ok lah”. That’s “understandable.” Can tolerate.

But some folks are using it for commercial purposes. Tying the number “1” to their products. Banks and other big establishment are doing it. Even to the extent of displaying logos similar to that of the 1 Malaysia symbol.

Putting aside the “copyright” issue (if there is one) I still take my songkok off to them for their “ingenuity” even if it’s not “original”. But, hey, you can’t blame people for cashing in or trying to cash in on a highly publicised thing like the 1 Malaysia concept. Right?

Politicians, as usual can never resist the temptation of jumping into a bandwagon. Never a bunch to let opportunity for publicity to go to waste, many politicians are adopting the “1” concept to “champion causes.” So we hear of 1 Indian, 1 Umno. 1 MCA and a string of other 1s. All for a “good cause”?

But many are taking it a bit too far. Even stretching it to a “ridiculous level”.

The icing up till now surely goes to the suggestion by a big-wigs at the Terengganu education authorities. By now, all of us know of the suggestion. Yes, the 1 Toilet concept where teachers and school children share the same toilet when easing themselves.

No more one special toilet for teachers and one toilet for school children. Just one toilet. It’s about oneness, togetherness and sense of belonging. A bond. Echoing Najib all the way. I wonder if the PM is embarrassed by it, as it’s like putting the PM’s philosophy on the same platform of fighting for a common toilet? Hmmm...

Anyway we can rest assured that more is to come. We will hear and see more “1-ness” emerge. Ridiculous, crazy, absurd or otherwise. Let’s brace ourselves for 1 (one ) this, 1 ( one) that. As for me, it has always been, ONE — oops sorry — WAN Zaleha Radzi. Then and now.

For younger readers who are not familiar with the name, Wan Zeleha was a top news presenter-cum-TV host at TV3 in the late 1980s. When she made her screen debut, she took the country by storm. Don’t believe me? Ask the older folks… — mysinchew.com
- baca juga 1Dirty Malaysian

Jangan rosakan PAS dengan perangai hangpa tu ... pkfz nizar altantuya

oleh Pak Awang
Salam dan selamat pagi semua dari Pak Awang.
Apa kabar? Sihat lah rasanya kan. Kalau tak sihat tak boleh lah nak ngadap laptop/pc ni kan. Kalau yang tengah kerja, selamat bertugas dari pak awang, kalau yang tak kerja macam pak awang (yang dah pencen ni) ni buat lah apa-apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri, kaum keluarga, pada masyarakat setempat dan pada sesiapa saja yang dirasakan memerlukan pemerhatian atau pertolongan kita. Jadikan lah masyarakat sekeliling kita sebagai kaum keluarga kita, tak kira dia cina ka, india ka, mat salleh ka, siam ka atau sesiapa saja.
Ni la pak awang duk tengok dalam sehari dua ni macam kalang kabut sikit dalam Pakatan Rakyat ni, baik PAS mau pun PKR. Yang diam mungkin DAP. Depa ni nampak rilex, tak dak apa kes yang boleh disabitkan setakat ni. Bab PKR pun rasa pak awang dah setel kot. Setakat ni tak dak lagi kenytaan-kenyataan panas dari pimpinan mereka mengenai kes Pengerusi PKR Sabah. Nak kata berebut pun tak juga kot. Cuma salah perhitungan dipihak pemimpin atasan. Tak pa lah kalau dah selesai bagus sangat lah.
Bukan apa pak awang kesian tengok pada pemimpin-pemimpin politik kita ni. Kadang-kadang nak kata depa tak sekolah, tak patut sangat. Masing-masing belajar tinggi, tapi bila mai tang bab nak ambik hati rakyat depa macam tak berapa nak reti. Yang depa duk pulun hanya pasai jawatan, pangkat. Depa macam tak tau nak mententeramkan keadaan. Sikit-sikit bercakaran. Awat depa ingat rakyat kat bawah ni tak tau ke keadaan depa kat atas sana. Jangan la duk buat perangai macam tu. Nawaitu nak kena betul.
Ni pasai jawatan Pengerusi PKR Sabah. Pak awang dah tulis dua tiga hari lepas dah. Jadi tak payah pak awang ulang lagi. Cuma pak awang nak pesan apa-apa pun kita kena ikut kehendak ramai. Bagi saja pada sesiapa yang mendapat sokongan, bukan pada seseorang yang nak "syok sendiri". Ingat, untuk menang pilihanraya, macam semua kita berharap, hanya lah dengan sokongan orang bawahan, pengundi, rakyat bukan dengan pemimpin yang punya kuasa. Walau sebesar mana kuasa kita ada pun, tapi rakyat tak suka, tak jadi jugak. Ingat tu ya. Jangan dok asik nak jawatan tinggi, tapi sokongan tak dak. Kalau itu lah yang diharapkan, nawaitu kita dah tersasar, bukan nak sokongan rakyat, tapi nak kembongkan poket. Dapatkan sokongan dulu, kerana ianya penting.
Tak pa kita tengok lepas ni siapa yang akan menggantikan YB Azmin selaku Pengerusi PKR Sabah. DSWA akan umumkan Pengerusi baru. Semalam pak awang ada terbaca tapi tak ingat tang mana kata besar kemungkin Dr Jeffry Kitingan akan mengambil alih jawatan tersebut. Kita tak kisah siapa, yang pasti ianya mendapat sokongan padu dari semua.
Dalam pada krisis YB Azmin di Sabah ni hampir nak selesai, tiba-tiba meletup pula krisis terbaru PAS. Sebenarnya bukan kes baru, Kes ini sebenarnya adalah lanjutan dari krisis dalaman PAS sejak akhir-akhir ini, antara puak TGNA atau kumpulan Edrojan dengan kumpulan Ulama' yang di ketuai TGHH, yang pro UMNO. Persegeran itu nampaknya sudah sampai ke kemuncak nya apabila TGNA semalam telah mengeluarkan kenyataan meminta agar di adakan EGM atau Perhimpunan Agung Luar Biasa bagi memilih pimipinan baru PAS. Bagi pak awang, tak semudah itu TGNA nak meminta diadakn EGM kalau situasi dalaman masih lagi boleh diperbetulkan.
Ini yang pak awang kata nawaitu kita kena betul. Niat suci di hati. Apa yang kita cari. Jawatan atau betul-betul nak memperjuangkan parti. Islam atau rakyat. Kenapa mesti ada pemimpin pro UMNO dalam PAS? Apa yang mereka cari sebenarnya. Apakah kerana ada jalan-jalan yang konon nya cerah untuk jawatan yang di inginkan, perjuangan parti diketepikan atau di lupakan dulu buat sementara. Hahahaha hangpa silap la ... Sebab apa pak awang kata silap?
Silap sangat la sebab depa dah tak ingat pada perjuangan asal parti, meletakkan Islam pada tepat yang sebaik mungkin. Sebaliknya depa lebih kepada jawatan. Konon nya kalau depa ni "team up" dengan UMNO ada yang boleh jadi jadi Menteri Besar, ada yang duk nampak nak jadi Exco dan macam-macam lagi dalam kepala hotak masing-masing. Pasai tu depa jadi macam ni. Otak depa dah dok nampak RM bukan Islam bukan rakyat lagi. Betul tak?
Hassan Ali, kalau dulu kemana saja bersongkok hitam, tapi baru-baru ni pak awang tengok songkok dah hilang, ingat kan pakai ketayap putih, tapi rupa-rupanya rambut dia yang putih ... Biar pi la nak jadi orang muda, dalam kepala duk nampak jawatan MB yang kononnya ditawar UMNO kalau depa join UMNO ... Nak tergelak pun ada pak awang ni dengan sikap Hassan Ali. Ceramah dia bukan main berapi-rapi, nasihat itu nasihat ini, tapi diri sendiri pun macam putar alam jugak rupanya ...
Ni hangpa ubah la pemikiran tu. Balik ke jalan asal, kejalan yang benar. Perjuangan untuk parti, untuk Islan bukan perjuangan untuk jawatan untuk kuasa atau untuk RM. Awat tak reti-reti sangat ni. Belajar masing-masing tinggi, tapi otak macam letak kat kepala lutut. Ingat lah PRU13 semakin hari semakin hampir. Buat la sesuatu yang boleh buat bagi orang ramai/rakyat/penyokong suka bukan asik nak bergeseran, bertelagah sesama sendiri. Rakyat meluat. Kalau ya nak jawatan, keluar PAS masuk saja mana-mana parti yang cepat dapat jawatan. Senang cerita. Tak payah nak sibuk-sibuk dalam PAS ni, bukan hangpa saja yang rosak, parti juga terbabit sama ... Tolong jangan rosakkan PAS dengan perangai hangpa tu ...
Kita tengoklah nanti samaada EGM dapat diadakan atau tidak dan tengoklah nanti siapa yang akan ditendang keluar ... TGNA dah kata, "kalau nak berpecah pun, pecah lah apa nak buat" ...
Wassallam ...

Saya kena buat sesuatu - TGNA

KOTA BAHARU, 23 Okt :-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam."Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik. Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: �"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.�

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-- BERNAMA

Untuk renungan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat

oleh Wan Hamidi Hamid

OKT 23 — Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Malah kalau bertuah awal pun, kadang-kadang tuah itu hanya sebesar bukit sedangkan celaka yang datang pula sebesar gunung.

Sebelum pilihan raya umum 2008, ramai yang yakin dengan kemampuan parti-parti pembangkang untuk menambah kerusi Parlimen berikutan kelemahan pentadbiran kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin tak banyak tapi pasti bertambah kerusi.

Dengan hanya mempunyai 20 kerusi Parlimen (tidak termasuk satu bebas pro-Barisan Nasional) yang dimenangi pada 2004, ramai yang berharap pembangkang dapat menggandakan kerusi, atau setidak-tidaknya menambah 10 lagi. Pada masa itu BN menguasai 198 daripada 291 kerusi, atau 90.4 peratus.

Parti-parti yang dijangka dapat meraih sokongan tinggi adalah DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 12 dan tujuh kerusi Parlimen. Tidak ramai yang yakin dengan kemampuan Parti Keadilan Rakyat yang hanya ada kerusi tunggal di Permatang Pauh. Yang kesian kepada PKR pun hanya berani mempertaruhkan parti itu mencapai tidak lebih lima kerusi.

Apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 sudah banyak dicatatkan dan dibukukan. PKR menjadi parti pembangkang paling besar dengan 31 kerusi diikuti DAP 28 dan PAS 23 (di mana satu kerusi PAS dimiliki calon ketuanan Melayu yang pro-Umno).

Semua orang sudah tahu yang BN telah hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan kalah di lima negeri (dan kemudiannya Perak dirampas BN melalui lompatan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan DAP menjadi “bebas pro-BN”). Keputusan itu bukan sahaja mengejutkan BN dan pembangkang, malah para pengundi sendiri tidak menyangka undi protes mereka untuk “mengajar” BN telah memberi kesan hebat kepada pembangkang.

Pucuk pimpinan BN, khususnya Umno, terduduk tergamam dengan keputusan itu. Sebaliknya pembangkang yang waktu itu sedang gembira ria memperkenalkan semula diri mereka sebagai Pakatan Rakyat. Lima negeri Pakatan mula menunjukkan yang mereka juga mampu mentabdir walaupun dicemuh hebat oleh pembangkang Umno di negeri masing-masing. Umno yang kucar-kacir menjadi lebih rasis pula.

Kini sudah lebih setahun setengah sorakan kemenangan berlalu. Pemimpin dan ahli Umno yang tergamam dan celupar sebelum ini semakin kelihatan agak tersusun gerakan mereka. Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sedikit-sebanyak mula yakin dengan tindak-tanduk politiknya. - seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive