31 December 2009

Takziah buat Pak Lah

Bapa Jeanne meninggal

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Matthew Danker, bapa kepada Tun Jeanne Abdullah meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya dekat sini pada 6.50 petang ini, kata seorang pembantu kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Danker, 90, meninggalkan empat orang anak, Tun Jeanne, Rodney, Davo and Susan. Tun Jeanne, isteri kepada Abdullah, adalah anak sulung. — Bernama
STONE: Ucapan takziah buat Pak Lah dan Jeanne.

ADUN Pmtg Pasir dilantik Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam P. Pinang

PULAU PINANG, Dis 31 — Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Elias Zakaria dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berkuat kuasa esok.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Salleh Man pula dilantik sebagai Timbalan Yang Di-pertua MAINPP dan 13 lagi anggota MAINPP.

Salleh, satu-satunya wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, memenangi pilihan raya kecil pada Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Seksyen 11 (1)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Katanya kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa individu yang layak menganggotai majlis MAINPP di mana keputusan muktamad adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Abdul Malik berkata lima daripada 13 anggota MAINPP dilantik sebagai ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Darus, Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad, dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob. Manakala lapan lagi dilantik sebagai anggota biasa.

Sementara itu, Elias, 53, berharap beliau akan mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Pulau Pinang dalam usaha membangunkan umat Islam di negeri itu.

“Ini adalah amanah yang diberikan kepada saya dan saya akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau yang menerima surat pelantikan itu pada Isnin lepas pernah menjadi anggota MAINPP selama 10 tahun iaitu dari 1998 hingga 2007.

Zizie Bung Mokhtar berbulan madu di Eropah


PETALING JAYA, Dis 31 — Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Moktar Radin, 51, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Jan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 31, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Dis lalu setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod Suraya terbitan Zeel Production.

Dari Filipina, Zizie yang memegang watak Suraya dalam drama yang disiarkan di TV3 melalui slot Samarinda itu, meneruskan penerbangan ke Eropah.

Memetik sumber laporan itu berkata, selain bulan madu di Eropah, Zizie juga menerima sebuah kereta mewah BMW Sport berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi) sebagai hadiah perkahwinan.

Pada 20 Dis lalu, Bung Moktar, Ahli Parlimen Kinabatangan akhirnya mengakui beliau sudah memiliki aktres itu sebagai isteri keduanya.

Wakil rakyat itu berkata beliau kini mahu semua pihak menghormati privasinya.

Sumber tersebut memberitahu, Zizie melangsungkan pernikahannya dengan Bung Moktar apabila mengambil cuti dua hari daripada penggambaran pada 16 Dis lalu.

"Kami memang tidak diberitahu di mana pernikahan itu berlangsung dan bila. Tetapi Zizie ada memberitahu pihak produksi dia telah bernikah.

"Sekembalinya bercuti dua hari itu, kami melihat Zizie memandu BMW Sport yang berharga RM280,000 ke lokasi," kata sumber berkenaan.

Selain berbulan madu ke Eropah dan kereta mewah sebagai hadiah perkahwinan, Zizie juga kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd.

Walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Zizie dikatakan akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Difahamkan sekembalinya dari berbulan madu, Zizie akan memasuki set penggambaran telemovie Azan terbitan Zeel Production. - TMI

Timb Ketua AMK Kelantan ditahan kerana dadah

PETALING JAYA, Dis 31 — Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.

Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.

Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.

"Ya, kita sudah dapat maklumat yang beliau ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas," kata beliau sambil menambah, pihaknya menganggap ia sebagai masalah peribadi dan menyerahkan kepada lunas perundangan untuk menentukan kesudahannya kerana ia masih disiasat.

"Setakat ini kami belum menemui beliau, hanya keluarga terdekat dibenarkan untuk melawat beliau," katanya.

Khairul menambah, partinya akan menghulurkan sokongan yang diperlukan kepada Azmi - TMI

30 December 2009

93% yang mengatakan pentadbiran Najib baik bukan mewakili rakyat Malaysia, tapi ...

Merdeka Center, sebuah badan bebas telah melakukan satu kajian tentang pentadbiran najib altantuya sekarang ni. 93% respondan telah mengatakan pentadbiran najib altantuya ni bagus sangat, negara sedang menuju kearah satu jalan yang betul, pentadbiran yang baik ...
Tapi siapa mereka-mereka ini?
Yang pastinya mereka bukan lah mewakili rakyat Malaysia keseluruhan nya. 93% reapondan ini sudah tentu akan mengatakan najib lah satu-satu nya pemimpin yang terbaik. Kerana apa? Kerana masing-masing punya kepentingan sendiri. Untuk memperkayakan diri sendiri. Mau tak mau mesti menerima najib sebagai yang terbaik.
Tapi dalam pada itu ada 7% lagi yang tak bersetuju. Apakah juga kerana kepentingan. Respondan 7% ini mungkin tidak punya kepentingan atau tidak mengharapkan sesuatu dari najib, jadi tak perlu lah mereka membodek ...
Siapakah mereka-mereka ini? Jawapan nya DI SINI

Polis London diminta bantu kesan Raja Petra

KUALA LUMPUR, Dis 30 - Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang telah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

“Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya telah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Raja Petra dikehendaki pulang ke negara ini bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Kalau rasa diri tidak bersalah Raja Petra perlu tampil bersihkan nama, kenapa perlu bersembunyi? Dia perlu balik ke sini,” katanya.

Mengulas mengenai permohonan perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, Musa berkata permohonan itu mengambil tempoh yang lama sebelum Raja Petra dapat dibawa pulang ke negara ini melalui cara itu.

“Sepatutnya tidak perlu perintah (ekstradisi) ini. Dia sendiri perlu serah diri,” kata Musa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor melalui laman webnya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa dia kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London. - TMI

27 December 2009

Tubuh Jawatankuasa Diraja siasat kehilangan enjin F5E - PR


KUALA LUMPUR, Dec 27 — The Pakatan Rakyat is pressing for a Royal Commission of Inquiry to investigate all aspects of the two military jet engine thefts — including the unrelated dismissal of several air force officers — that has left Malaysia red-faced and in danger of censure from arms supplier, the United States.

The tepid and slow response from the authorities investigating the stolen General Electric J85-21A turbojet engines have further embarrassed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, as Parliamentary opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and his allies seized on the theft to underscore claims that the Barisan Nasional government was corrupt.

“We are asking for a Royal Commission of Inquiry to investigate the scandal,” Anwar told reporters at a Christmas gathering over the long weekend.

The General Electric J85-21A turbojet engines used to power the ageing F-5E fighter-jets were reported missing in 2007 and 2008, when Najib was then defence minister. Police now claim to have traced the engines to Argentina, after it allegedly made its way there via a Middle East country facing United States sanctions.

But conflicting reports about the theft have also prompted the need for high-level investigations, opposition leaders said when commenting on a Royal Malaysian Air Force (RMAF) statement that a brigadier-general and several other military personnel sacked in end 2007 had nothing to do with the missing jet engines. [seterusnya]

Kehilangan enjin F5E - Najib buta?

Bagaimana Najib terlepas pandang
oleh: Dr Charles Rank
Saya macam tak percaya perkara ini bolih berlaku. Enjin pesawat itu besar dan beratnya lebih kurang 600 paun. Dan jika nak diekspot perlukan dokumen-dokumen penting yang seharusnya ditanda-tangani oleh Menteri Pertahanan ketika itu Najib. Ini eset dan harta TUDM dan seharusnyalah ia perlu melalui Menteri Pertahanan.
Jadi macammana ia bolih lolos semua pemeriksaan. Hairan dan aneh ya...
Apapun perkara sudah berlaku dan tiada gunanya lagi kita nak ambil balik enjin pesawat itu yang kini seperti tersiar dalam dada Akhbar Utusan hari ini enjin itu sudah diseludupke Argentina.
Yang paling utama sekarang ialah mencari siapa dalang yang merencana kecurian ini danbagaimana modus operandi ini berlaku sampai tidak dapat dihidu oleh pihak kerajaanbawah pemerintahan Barisan Nasional.
Saya juga berpendapat selain anggota TUDM , kakitangan dalam Kementah, Kastam,syarikat logistik yang mengendalikan process penghantaran dan Menteri Pertahanan juga harus disiasat oleh pihak Polis.
Ini wajar kerana semua mereka ini secara tidak langsungpasti ada kaitan.Yang menjadi persaolan yang paling besar sekarang ialah bagaimana Menteri Pertahananketika itu Najib boleh terlepas pandang perkara ini.
Dan jika memang beliau terlepas pandang semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan yang cuma satu Kementerian yang mempunyai tak sampaipun 30,000 orang, bagaimana pula untuk beliau mengurus satu negara Malaysia yang mempunyai penduduk melebihi 27 juta orang.

Sumber : Harakah Daily

STONE: Najib altantuya masih berdiam diri seolah-oleh kehilangan enjin tersebut bukan di bawah tanggungjawabnya. Aku percaya Najib akan terus berdiam diri. ... Macam ni lah bila terkena batang hidung sendiri ...
Sebenarnya Najib sedang menuju keakhir zaman politik nya, berkat Doa TGNA dan seluruh rakyat Malaysia yang bencikan Najib.

e-mail kepada Isteri tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Hassan Ali keluar Pakatan Rakyat? Jadi ADUN Bebas?

PETALING JAYA, Dis 26 — Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) menyangkal spekulasi yang beliau telah memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) negeri, sekali gus akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri menegaskan beliau dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri, pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, yang dibentuk selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Itu (khabar angin) tidak benar... itu adalah maklumat jahat untuk merosakkan nama saya. Saya tidak ada niat semacam itu (untuk keluar Pakatan dan bertindak sebagai Adun Bebas)," kata Hasan kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Hasan menegaskan pihaknya akan kekal dalam PR dengan memerlukan barisan wakil rakyat berkualiti yang "tidak akan melompat ke mana-mana parti yang lain."

PR Selangor terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Sambil merujuk kepada situasi yang pernah dilalui PAS Kelantan, Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia menambah, "walaupun di Kelantan PAS hanya pernah mempunyai majoriti satu kerusi tetapi berupaya mempertahankan kerajaan negeri, walaupun salah seorang wakil rakyatnya secara terus-menerus dipujuk, tetapi mereka kekal bersama."

"Ini merupakan prinsip berkualiti yang ada pada mereka. Jadi, kami pun mahukan wakil rakyat yang berkualiti macam itu.

"Sepanjang satu setengah tahun kami memerintah Selangor, kami sudah membuktikan satu kerajaan yang bersih, dan kami mahu mengekalkannya," kata Hasan yang merupakan exco yang bertanggungjawab kepada portfolio agama.

Desas-desus itu disebarkan sehari selepas jawatankuasa disiplin mengadakan mesyuarat untuk menyiasat Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.

Jawatankuasa disiplin yang mendapati adanya kes kukuh terhadap mereka akan memanggil Khalid iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Hasan pada 7 dan 9 Jan ini.

Desas-desus menyebut Hasan sudah dijatuhkan hukuman digantung daripada semua jawatan parti selama dua penggal. Ia disebarkan sejak awal pagi Khamis iaitu beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh naib presidenya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bermesyuarat.

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Hasan juga menafikan satu perhimpunan akan diadakan di pekarangan Pejabat PAS Selangor, Shah Alam untuk menyerahkan memorandum menjalin kerjasama dengan Umno negeri itu.

"Tidak, tidak ada sebarang majlis seumpama itu di PAS Selangor esok. Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, jika ada majlis sedemikian sudah pasti saya tahu... tidak ada majlis macam itu," katanya.

Laporan Harakah Daily hari ini yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor, Shah Alam esok.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu dipetik portal tersebut.
Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS.

Mengenai keputusan jawatankuasa disiplin yang akan memanggil beliau untuk memberi keterangan susulan, Hasan berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sebaik mungkin.
"Saya sedia untuk memberikan kerjasama penuh, memberi keterangan yang diperlukan oleh jawatankuasa disiplin.

"Bagaimanapun sehingga kini saya belum menerima apa-apa makluman daripada jawatankuasa disiplin, saya tak dengar apa-apa," katanya.

26 December 2009

Berdosa kepada rakyat : TGNA

KOTA BARU, Dis 25 — Pihak-pihak terlibat dalam insiden kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk dipercayai didalangi warga kerjanya telah berdosa kepada setiap rakyat negara ini, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Orang yang terlibat bukan saja berdosa dengan Tuhan, tapi berdosa juga dengan rakyat. Kalau rakyat Malaysia ini ada seramai 30 juta, maka orang itu berdosa dengan 30 juta rakyat.

“Sebab enjin itu adalah hak kerajaan dan bila sebut kerajaan ia termasuk lah semua rakyat,” kata Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Dengan nada yang sinis Nik Aziz berkata mustahil enjin itu boleh hilang dengan begitu mudah jika tidak ada dalang atau pengatur skrip di sebalik tragedi itu memandangkan prosedur kawalan ketat di pangkalan TUDM.

Baru-baru ini insiden kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM mengejutkan banyak pihak.

Sistem kawalan keselamatan negara dipandang rapuh apabila Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi mendedahkan di samping enjin beberapa peralatan kelengkapan lain juga didapati hilang.

Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan insiden tersebut sebagai memalukan negara sekali gus mempersoalkan sistem kawalan keselamatan negara.

“Jelas sekali aspek keselamatan begitu rapuh sehingga harta yang begitu penting kepada pertahanan negara boleh lesap begitu sahaja,” katanya. - TMI

23 December 2009

Solidariti Mahasiswa dedah rakaman ceramah kontroversi BTN esok

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, Dis 23 — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman audio mengenai pengendalian ceramah Biro Tata Negara (BTN), yang bulan lalu mencetuskan polemik dengan kandungannya dikatakan melahirkan rasa tidak senang di kalangan peserta, esok.

Rakaman itu dipercayai membabitkan ceramah yang disampaikan oleh jurulatih BTN.

“Rakaman ini bukan melibatkan ahli politik tetapi ceramah disampaikan oleh jurulatih dalam kursus BTN,” kata pemimpin SMM Muhammad Hilman Idham ketika dihubungi hari ini.
Kata beliau pihaknya memutuskan untuk mendedahkannya selepas meneliti dengan mendalam kandungan rakaman.

Selain itu, SSM juga akan membawa beberapa peserta daripada kalangan pelajar untuk mendedahkan pengalaman masing-masing.

“Selain rakaman audio, peserta-peserta ini juga akan menyatakan pengalaman masing-masing... akan membuat pengakuan masing-masing,” kata Hilman.

Awal bulan ini SSM memberitahu pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan rakaman-rakaman itu yang dipercayai mengandungi unsur doktrinasi Umno-BN ekoran pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mempertahankan perjalanannya.

Dalam kenyataannya Hilman berkata, SMM menolak sekeras-kerasnya kenyataan dan pendirian Dr Mahathir bahawa BTN adalah program yang baik, harus dikekalkan serta tidak perlu dirombak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan beliau sebagai rasis kerana mempertahkan kursus dan program BTN.

Hilman yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, salah satu gabungan SMM, memberitahu gerakan itu menolak pandangan beliau atas beberapa hujah kukuh bahawa BTN adalah program tidak sihat dan tidak bermatlamatkan objektif yang sepatutnya.

Tambah Hilman, SMM berpendirian bahawa BTN harus dimansuhkan terus kerana jelas membawa agenda perkauman yang memecahbelahkan masyarakat serta memanipulasi program ini untuk kepentingan sesetengah pihak. - TMI

Pakatan perlu pulihkan ‘maruah’ politik negara - Zaid Ibrahim


PETALING JAYA, Dis 23 — Pakatan Rakyat (PR) perlu memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengembalikan maruah kepada perjuangan politik negara ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang kini bersama Parti Keadilan Rakyat, salah satu komponen PR berkata, cabaran ikatan itu sekarang ialah membuktikan muafakat sejati di antara pelbagai kaum.

Dengan merujuk kepada kejayaan penganjuran konvensyen sulung PR Sabtu lalu, Zaid berkata PR perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama.

"Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua," kata beliau dalam blognya.

Beliau menambah setiap kaum di negara ini juga perlu membuktikan bahawa mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

"Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina.

"Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi.

"Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia," kata beliau lagi.

Zaid menambah apa yang bakal menjadi cabaran kepada PR bukanlah menangani dakyah Umno semata-mata tetapi seperti kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, "kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja."

"Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut.

"Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza," katanya.

Beliau menambah, Dasar PR sendiri yang dipersetujui tiga parti komponennya merupakan satu paradigma baru dalam politik negara.

"Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu Umno dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan.

"Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain.
"Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam," katanya.

Pun begitu, kata beliau, yang paling ketara dan jelas ialah PR telah pun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok teras. - TMI

Hilang enjin, hilang kepercayaan

Stolen engines, missing truths

KUALA LUMPUR, Dec 23 — It said something about the depth of corruption when a newspaper revealed that two F5-E jet engines from the Royal Malaysian Air Force had been stolen and sold to a foreign buyer.

Armed Forces chief Gen Azizan Ariffin said that those responsible for stealing should be charged with treason. “It is a serious offence that tarnishes the image of the Armed Forces,” Azizan told reporters. “There should not be any compromise on the punishment for their actions.”

To recapitulate, the thefts were discovered in May 2008 when Azizan, then the air force chief, ordered an audit of the force's assets. It was then ascertained that the two engines — collectively worth RM100 million — were missing. A police report was subsequently lodged in August last year.

In an inquiry and disciplinary hearing later, the New Straits Times reported, a brigadier-general and 40 others were sacked. The engines were believed to have been sold to an international company in South America, according to Defence Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

But the NST, citing intelligence sources, said that the engines were shipped to a Middle Eastern country that “was the subject of US sanctions”. The country was apparently keen on developing its own jet fighter. The paper also said that the people implicated in the inquiry could have also been involved in other logistics irregularities “amounting to several million ringgit”.

Clearly then, this goes beyond common garden-variety venality. The thefts and subsequent sale of the parts would have affected national security. And it has international implications. The United States, which sold the hardware to the RMAF, would surely want to know who the buyers were. Indeed, as Azizan pointed out, there is a good possibility that investigations will go international.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has promised that there would be no cover-up. That is the only way to go. The best method to deter corruption is swift and harsh punitive action. Indeed, one of Najib's stated aims is to bring Malaysia among the top 25 countries in the world corruption index. The country is currently running 56th. Those are lofty ambitions and it will take a great effort of political will to pull that off. But it can only be achieved if wrongdoers realise that crime does not pay.

In the case of the jet engines fiasco, it has been suggested that the “traitors” — in the words of the Armed Forces chief — be tried for treason. The last time that happened in Malaysia was in the 1990s when a group of religious fanatics calling themselves the Al-Ma'unah raided a military arsenal with the aim of bringing down the legally elected government. They were caught and charged with treason. They were found guilty and they were hanged.

The public will no doubt be watching to see how the government handles the current case. — Business Times Singapore

22 December 2009

Demi imej: Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan letak jawatan

Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Dis 22 – Bekas pegawai khas Exco Kerajaan Negeri, Dr Rosli Allani Abd Kader yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan hari ini, menafikan laporan akhbar bahawa isteri keduanya, Ilyani Mohd Nor berada dalam keadaan tidak sedar ketika mereka berkahwin Disember tahun lalu.

“Adalah mustahil sama sekali isteri saya pergi ke tempat perkahwinan dalam keadaan tidak sedar, dari Kelantan ke Subang,” kata beliau kepada pemberita pada sidang medianya hari ini.
Rosli Allani dikatakan berkahwin dengan pasangannya itu pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor berwalikan wali hakim.

Namun perkahwinan tersebut tidak dipersetujui bapa mertuanya, Ghazali @ Mohd Nor Che Man kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat pekahwinan yang sah di samping meragui tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

Justeru beliau memfailkan tuntutan pembatalan perkahwinan anaknya dengan Dr Rosli melalui peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Semalam, hakim syarie Mahkamah Tinggi Syariah di sini Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani tinggal berasingan bersama isterinya sementara dokumen perkahwinan mereka diragui kerana dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Beliau turut memandang serius beberapa kenyataan lain disiarkan akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro hari ini antaranya beliau bukan seorang lelaki atau suami yang baik dan melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Kenyataan itu mencemarkan imej, maruah dan kedudukan saya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak terbabit termasuk Mohd Nor, peguam bapa mertuanya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan kedua akhbar tersebut membuat permohonan maaf secara bertulis dalam akhbar sama dalam tempoh tiga hari mulai hari ini.

Rosli Allani berkata beliau akan memulakan tindakan undang-undang saman fitnah ke atas akhbar berkenaan sekiranya gagal berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memerintahkan Rosli Allani tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perintah ‘mufarakah’ (memisahkan) sementara menegah Rosli Allani, 35, daripada tinggal bersama pasangannya, Ilyani, 30, itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yusof Awang.

Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan, memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka tidak sah.

Mohd. Zaki memaklumkan, plaintif tidak bersetuju dengan permohonan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 26 April depan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif meragui perkahwinan tersebut memandangkan tatacara pernikahan tidak memenuhi rukun dan syarat.

Selain itu, plaintif merujuk surat penjelasan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bahawa dokumen perakuan nikah pasangan itu tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan jabatan berkenaan.

“Plaintif yakin semasa perkahwinan, anak perempuannya mustahil dalam keadaan sedar kerana bertindak sedemikian tanpa kebenaran pihaknya.

“Oleh yang demikian plaintif yakin defendan pertama bukan lelaki atau suami yang baik, sekufu (sama taraf dari segi keturunan, pangkat dan tahap pembelajaran) dan mempunyai niat yang tidak baik dengan menipu untuk tujuan perkahwinan tersebut,” ujar plaintif dalam penyata tuntutannya. - The Malaysian Insider

Kehilangan enjin F5E - Dari awal lagi telah cuba ditutup

Stolen engines case was covered up from the start — The Malaysian Insider

DEC 22 — The fact that not one but two fighter aircraft engines could go missing from the Royal Malaysian Air Force's (RMAF) inventory is not just a normal case of theft. It involves national security. And not only must heads roll, those involved must be tried for nothing less than treason.

The government's response and the manner in which the case has been handled so far have been appalling to say the least. We are now being told that the theft was discovered last May. And a police report was lodged only last August. So what was the Defence Ministry and RMAF doing in those three months? Were they looking under mattresses for the engines?

But yet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak claims there is no cover up. He was then Defence Minister in Tun Abdullah Ahmad Badawi's Cabinet. He should have recommended then for the theft to be announced to the public.

We are now told that a top general was sacked. Who is this man? If he is found to be liable for the theft he should perhaps face more severe action.

Najib has allowed the issue to be kept under wraps for more than a year. In the eyes of the public that sounds like a cover up. The fact that a police report was lodged does not mean there was no cover up.

According to Attorney-General Tan Sri Gani Patail, his office only received the investigations papers from the police last month. And now, he has sent the papers back to the police with further directives.

Meanwhile, the public has still not been given wider assurances that the country's defence inventory is in place.

Has any official from Mindef even bothered to issue a statement to say that Malaysia's inventory of defence equipment is safe and sound? Or are Malaysians to assume everything is fine? Just like the public assumed two fighter engines could not have been stolen. - The Malaysian Insider

Najib harus siasat penyelewengan RM100b oleh Mahathir - Kit Siang


Lim Kit Siang, the DAP stalwart has taken a bold step where he is calling on the Prime Minister to set up a royal commission of inquiry to look into the possibility of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad having wasted on grandiose projects and corruption amounting to about RM100 billion during his time in office.

Kit Siang said that “ This is an issue of pressing national interest and importance. Furthermore, the move will also reflect on Najib's commitment to 'combating corruption' in his Government Transformation Programme (GTP). Will any cabinet minister dare step forward to support such a royal commission of inquiry? "

This came about after a book entitled “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” written by Barry Wain, the managing editor of the Asian Wall Street Jounral and Kit Siang was commenting on the book where he added that “Mahathir should declare whether he would co-operate with such a commission of inquiry to prove that Wain is wrong in blaming him for the legacy of "wasting or burning up" RM100 billion in his long tenure as the fourth prime minister, which works up to an average of RM5 billion a year.”

He also questioned the government for holding some 800 copies of the book for almost a month where he said "There can be no doubt that Mahathir and Najib would have already read the biography.

Is either of them objecting to the release of the biography and want it banned like Mahathir's 'Malay Dilemma' when it was first published in 1970? This would be the irony of ironies. What is Mahathir's stand on whether Wain's new biography on him should be released to the Malaysian public without any more obstacles from the authorities in Malaysia?

If Mahathir thinks that he has been defamed or maligned by Wain in the new biography, he should avail himself of the legal process to clear his name and reputation and not to support any ban or censorship of the book." - Malaysia Today

21 December 2009

Brown GP F1 Team kini Mercedes GP PETRONAS Team

Petronas inks deal to be Mercedes GP title sponsor

KUALA LUMPUR, Dec 21 — State oil and gas company Petronas will be the title sponsor of the Mercedes Formula One team next season, Mercedes announced today.

The team, formerly champions Brawn GP, will become Mercedes GP Petronas with the oil company’s branding across the car and team liveries in what they said was a long-term agreement.

“The new title partnership also paves the way for future collaborations between the two companies,” Mercedes added in a statement.

It said Petronas would be able to “generate sustainable business growth, particularly in their downstream lubricants market, through the strategic partnership and business alliance with Mercedes-Benz.”

Mercedes said their 2010 car would be presented in its new livery for the first test of the new season at the Valencia circuit in Spain on Feb 1.

Petronas, who previously sponsored the BMW-Sauber team, will continue to be the title backer of the Malaysian Grand Prix — the third round of the season at Sepang on April 4.

“Petronas’ home base in Kuala Lumpur is located in the middle of a fast-growing region for the automotive industry which makes this new partnership even more valuable,” said Mercedes motorsport vice-president Norbert Haug.

The deal with Mercedes will be a blow to both Swiss-based Sauber, in urgent need of sponsors after the withdrawal of BMW at the end of the season, as well as the new Malaysian-backed Lotus team.

Lotus F1 boss Datuk Seri Tony Fernandes, who also runs AirAsia, had hoped to bring Petronas on board given that his team have government support and his airline is a major purchaser of aviation fuel.

The Lotus car company is also owned by Proton.

Mercedes have signed Germany’s Nico Rosberg as one driver and are widely expected to have seven-times world champion Michael Schumacher as the other if he makes a comeback at the age of 41. — Reuters

Ahli Parlimen BN ponteng sidang dewan patut digugur - Berita Harian

oleh Manja Ismail @ Berita Harian
DIS 21 — Pada Disember 10 tahun lalu, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad pernah membayangkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sering ponteng menghadiri sidang Dewan Rakyat akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum. Dr Mahathir terpaksa mengeluarkan amaran itu kerana walaupun kebanyakan Ahli Parlimen BN baru menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Umum 1999, mereka sudah pandai ponteng menyebabkan ada ketikanya sidang terpaksa dihentikan kerana tidak cukup korum.
Kesan amaran Dr Mahathir itu, kehadiran ahli Parlimen khususnya daripada BN, agak baik apabila Dewan Rakyat menyambung sidang pada Februari 2000. Itu kisah 10 tahun lalu ketika BN masih mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, walaupun pencapaiannya pada Pilihan Raya Umum 1999 merosot.

Pilihan Raya Umum 2004 menyaksikan BN menang besar dan mungkin kerana itu, jika ramai wakil BN ponteng, kesannya kurang terasa. Analisis pencapaian teruk BN pada Pilihan Raya Umum 2008 turut mendapati prestasi wakil rakyat BN sebagai antara sebab, walaupun banyak lagi faktor lain yang memberi kemenangan kepada calon parti pembangkang.
Justeru, sebaik memegang teraju pentadbiran, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil pelbagai pendekatan menarik semula sokongan rakyat terhadap BN, termasuk memperkenalkan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai tahap prestasi penjawat awam — daripada menteri hingga kepada kakitangan awam biasa. Prestasi wakil rakyat BN, walaupun tidak tertakluk secara langsung dengan KPI penjawat awam, turut dinilai melalui laporan yang dikumpul parti masing-masing, selain oleh rakyat sendiri apabila tiba pilihan raya umum nanti.

Kerana itu, kita memahami apabila Najib menyatakan kekecewaannya terhadap kegagalan ramai Ahli Parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 pada malam Isnin lalu. Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan, menyebabkan rang undang-undang itu lulus dengan kelebihan majoriti hanya tiga undi, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak. Dua undi BN itu datang daripada Najib sendiri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terpaksa bergegas dari majlis yang mereka hadiri di ibu kota.
Pada peringkat jawatankuasa yang membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum itu, ia diluluskan dengan perbezaan satu undi saja. Walaupun Dewan Rakyat mempunyai 222 anggota, hampir 100 wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang, tidak hadir ketika undian dijalankan malam itu. Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sekiranya bajet itu tidak diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan. BN bernasib baik kerana pembangkang sendiri tidak menyedari implikasinya. Jika tidak, pasti mereka mengerahkan semua wakil rakyat pakatan pembangkang hadir malam itu.

Memang kes wakil rakyat ponteng mesyuarat bukan perkara baru dan ia juga turut berlaku di negara lain, termasuk di negara maju. Malah, tidak kurang juga wakil rakyat yang menghadiri sidang hanya untuk memenuhi syarat bagi merekodkan kedatangan demi mendapatkan elaun, tetapi jarang mengambil bahagian dalam perbahasan. Wartawan yang membuat liputan sidang Parlimen kenal benar siapa yang lebih banyak menghabiskan masa di lobi bersembang serta minum di kafeteria.
Tidak kurang juga wakil rakyat yang hanya letih duduk sehingga terlena seketika. Ada pula yang datang pada sebelah pagi, tetapi tidak nampak muka petangnya. Ketika Dewan Rakyat hanya bersidang petang dulu, dalam tempoh lima hari, ada wakil rakyat yang hanya muncul sehari dua menyebabkan mesyuarat sering kekurangan korum sehingga Speaker terpaksa membunyikan loceng. Anehnya, wakil rakyat yang sama masih lagi muncul selepas pilihan raya umum seolah-olah kegagalan mereka menghadiri dan mengambil bahagian yang aktif dalam perbahasan tidak diambil kira dalam pemilihan mereka sebagai calon pilihan raya.

Bagaimanapun, keadaan berubah dengan pengundi sudah membuktikan bahawa mereka tidak teragak-agak menghukum wakil yang pernah mereka sendiri pilih jika selepas itu, ternyata wakil itu gagal menunjukkan prestasi seperti diharapkan. Bagi pengundi generasi baru, kemenangan yang mereka berikan bukanlah pasport untuk wakil rakyat menjayakan agenda atau matlamat peribadi, termasuk bergiat cergas dalam perniagaan sehingga sengaja tidak datang bersidang.
Seseorang yang menjadi wakil rakyat sama ada pada peringkat negeri atau Parlimen adalah ahli politik sepenuh masa. Malangnya, masih ramai wakil rakyat tidak bersedia meninggalkan sepenuhnya profesion mereka sebelumnya. Disebabkan gagal menghayati tugas dan kedudukan sekarang sebagai ahli politik sepenuh masa, kebanyakannya gagal memberi tumpuan untuk berkhidmat.

Barangkali sudah tiba ketikanya amaran yang pernah dikeluarkan Dr Mahathir 10 tahun lalu benar-benar dijadikan peraturan kepada wakil rakyat BN. Mungkin itu cara terbaik bagi memastikan mereka tidak selalu ponteng dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kita percaya tanpa tindakan atau peraturan yang lebih tegas terhadap gejala ini, apa yang berlaku malam Isnin lalu mungkin berulang. Malah bagi sesetengah wakil rakyat BN, kejadian mencemaskan itu tidak memberikan sebarang kesan dan cepat dilupakan.
Berdasarkan laporan akhbar, ramai Ahli Yang Berhormat lebih lebih berminat mengenai berita perkahwinan seorang rakan mereka dengan artis terkenal daripada implikasi jika BN tewas dalam pengundian Rang Undang-Undang Bajet 2010. — Berita Harian

Giliran saya mentertawakan Utusan - Datuk Husam Musa


DIS 21 — Nampak jelas Utusan melalui tulisan Zul Bakar hari ini, yang tentunya menggambarkan Umno juga, begitu cemas dan gentar bila Pakatan Rakyat semalam mengambil bentuk yang lebih konkrit dan konstruktif.

Di luar jangkaan dan agenda pecah belah Utusan, Pakatan Rakyat melalui satu perhimpunan besar yang bersejarah, keluar dengan persepakatan polisi utama, termasuk kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, yang menjadi peluru Utusan membakar sentimen pengundi Melayu terhadap Pakatan selama ini.

Pakatan kini, dari segi susanan ras, sudah at par dengan BN. Halangan mental yang cuma dibina sebelum ini ke atas Pakatan ialah ketidakselarian pendirian terhadap isu-isu kaum, agama dan kedudukan Perlembagaan. Kini, dengan persepakatan polisi Pakatan, Pakatan muncul lebih meyakinkan dari BN yang dihantui amalan tempangnya yang panjang selama ia berkuasa.

Kelebihan persepakatan polisi Pakatan ialah, ia menyelesakan isu fundemental hubungan antara kaum, ditambah dengan pembaharuan polisi governance yang menjadi kekurangan BN selama ini.

Apa yang boleh dibuat oleh BN ialah meniru polisi-polisi governance Pakatan tetapi persoalannya, dengan heretan permasalahan dan sikap Kerajaan sedia ada yang tidak coherent dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat, menjadi halangan besar bagi BN.

Zul Bakar dan Utusan konsisten dalam usahanya memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Target utamanya ialah PAS. Sejarah penulisan Zul dan Utusan sepanjang isu ini menjadi bukti.

Zul dan Utusan cuba satu masa meletakkan persetujuan PAS menerima Pakatan hanyalah agenda "kumpulan Erdogan" dan saya adalah antara termasuk dalam label “Erdogan” yang telah dimainkan oleh Utusan sekian lama.

Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, bukan komitmen kumpulan Erdogan yang kononnya wujud dalam PAS.

Tentulah hati Zul hancur dengan keadaan ini. Utusan berperanan menewaskan saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. Namun, tewasnya saya tidak berjaya mencapai sasaran Utusan mengasingkan PAS dari rakan Pakatan yang lain.

Saya patut bergembira atas gagalnya Utusan. Giliran saya untuk mentertawakan Utusan.

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan Umno yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam Umno di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan Umno di belakang atau Umno kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.

Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang “usus” dan “'akalbudinya” sihat saja mampu membawa perubahan.

Perubahan kepada kedudukan negara ini sangat kritikal dan mustahak. Semua pihak yang mencintai perubahan ke arah kebaikan, perlu mempersiapkan diri seberapa maksimum.

Jika ada lagi kekurangan Pakatan, ia perlu diperbaiki dan diolah terus menerus sehingga Pakatan layak di mata rakyat menggantikan Umno/BN.Pada masa yang sama, setiap komponen Pakatan harus bergerak memperkuatkan pencapaian masing-masing secara bersama, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jika pencapaian setiap parti dalam Pakatan dapat dilonjak sedikit lagi, Insya Allah, era perubahan yang ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan. — cetusan-hati.blogspot.com

20 December 2009

Pakatan tidak akan didaftar tergesa-gesa

KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini. — Bernama

Ucapan DSAI di Konvesyen Pakatan Rakyat

Keyakinan kepada rakyat — Anwar Ibrahim

DIS 20 — Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Apakah yang rakyat mahu?

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V.K. Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan PAS. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-BN, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung. [seterusnya]

18 December 2009

SAH Bung Mokhtar - Zizie Izette berkahwin

KUALA LUMPUR, Dis 17 — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin “disahkan” sudah berkahwin dengan pelakon Zizie Izette, demikian menurut rakan-rakannya di Parlimen.
Rakan Bung Moktar, Datuk Mohamed Aziz berkata, “terjawablah sudah teka-teki.”

“Saya telah menghubungi kawan saya Bung Moktar, senang cakap mereka sudah selamat.

“Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagian kawan adalah kebahagian kita,” kata Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading ketika ditemui di bangunan Parlimen sebentar tadi.

Beliau menghubungi Bung Moktar di hadapan beberapa wartawan dari ruang rehat VIP ahli-ahli Parlimen kira-kira 3.30 petang.

Mohamed menegaskan apa yang dilakukan oleh Bung Moktar tidak salah dari segi undang-undang, adat dan agama.

“Saya doakan beliau gembira dan saya telah menasihatkan Bung Moktar jangan merahsiakan... biar kawan-kawan berdoa, ucapan tahniah kawan-kawan adalah doa,” katanya.

Dalam pada itu Bung Moktar ketika dihubungi The Malaysian Insider meminta agar jangan buat spekulasi.

“Tak usah buat spekulasi,” kata beliau ketika dihubungi sebelum Mohamed menghubunginya.
“Ini kehidupan orang, jangan buat spekulasi. Cukuplah apa yang saya cakap semalam,” kata beliau sambil menambah, laporan semalam adalah “nakal.”

Bung Moktar ketika dihubungi berada di kawasannya di Sabah.

Bung Moktar juga tidak kelihatan di Dewan Rakyat sehingga tengah hari tadi. Beliau yang jarang elak daripada menghadiri sidang Parlimen tidak muncul semalam.

Hari ini juga adalah hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.

Semalam Bung Moktar menafikan desas-desus sudah berkahwin dengan aktres itu.

Katanya, beliau tidak cukup “kacak” untuk berkahwin dengan aktres tersebut.

Ibu Zizie, Khaty Fauziah juga memberitahu kedua-dua mereka belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.

Menurut Khaty, apa yang dilaporkan dalam laman-laman web semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya.

Pada masa yang sama, Khaty memberitahu, dia merestui Zizie untuk bernikah dengan sesiapa sahaja lelaki pilihannya termasuk Bung Moktar.

17 December 2009

PETRONAS bukan milik UMNO

Petronas bukan hak milik Umno — Mohd Rashidi Hasan
DIS 17 — Sumbangan besar Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak, yang menjadi sumber utama untuk membantu dan menampung ekonomi negara sangat diperakui.

Dana besar yang diperolehi bagi membantu menguruskan perbelanjaan negara tidak boleh dikatakan ia sebagai semata-mata hasil jasa Petronas.

Petronas hanyalah sebuah syarikat milik negara yang diberi amanah untuk mengeluarkan hasil minyak dan gas secara tunggal dari perairan negara dan antarabangsa.

Petronas diurustadbirkan secara profesional, namun ia dipertanggungjawabkan terus di bawah kuasa perdana menteri.

Apa pun, minyak dan gas di perairan negara dan yang dikongsi bersama beberapa negara jiran di perairan antarabangsa, adalah milik negara dan milik rakyat.

Justeru, segala hasil mahsul yang menghasilkan unjuran besar pendapatan Petronas adalah hak rakyat yang wajib diketahui rakyat.

Rakyat mahu mengetahui berapa jumlah sebenar yang diperolehi rakyat, berapa banyak royalti yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat, serta ke mana dan bagaimana ia diagihkan.

Namun sehingga kini tiada data jelas yang boleh diperolehi secara telus. Parlimen juga tidak dibentangkan akaunnya dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga tidak boleh mengauditnya.

Mengapa akaun Petronas disembunyikan, dilindungi daripada rakyat? Barangkali di sini bukan salah Petronas. Yang salahnya mengapa perdana menteri enggan membenarkan akaunnya diteliti secara telus.

Rakyat tidak mengetahui dengan jelas, di perairan negeri mana telaga minyak dan gas digali. Rakyat tidak diberitahu secara jelas dengan siapakah usaha pencarigalian itu dilakukan dan banyak mana minyak dan gas yang digali.

Jika Kelantan tidak menuntut hasil petroleum yang jelas digali dalam perairannya, nescaya tiada siapa yang tahu apakah isu sebenar yang berlaku.

Kerajaan negeri Kelantan, di bawah usaha exconya, Datuk Husam Musa berjaya melakukan pembongkaran yang mengejutkan.

Iaitu, hasil petroleum digali dari perairan Kelantan sejak 2004, tetapi hasilnya disembunyikan oleh Petronas yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.

Hasil royalti kepada Kelantan dianggarkan lebih RM1 bilion disembunyi dan didiamkan daripada Kelantan.

Mengapa mereka begitu jahat menyembunyikan hasil milik rakyat Kelantan? Di mana wang itu sekarang, dan ke mana ia dibelanjakan, akan tetap menjadi persoalan yang akan terus dibongkar.

Tidak dapat dinafikan, walaupun Petronas menjalankan urusniaga secara profesional, namun ia tetap tidak terlepas daripada diperalatkan oleh orang-orang politik, khususnya perdana menteri yang juga presiden Umno.

Sesiapa pun yang menjadi PM, boleh “mempunyai kecenderungan” untuk memanipulasikan Petronas, kerana agensi itu tertakluk sepenuhnya di bawah kuasa beliau.

Kemuncak manipulasi dan kejahatan yang paling besar dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, ketika PAS menerajui Terengganu (1999-2004).

Mahathir secara rakus menghukum rakyat Terengganu dan PAS dengan menarik balik royalti minyak selepas lebih 20 tahun dibayar kepada Terengganu secara tunai.

Royalti dibayar ketika Umno-BN menerajui kerajaan negeri, tetapi ditarik balik ketika PAS memegang tampuk kuasa.

Tindakan zalim ini tidak harus dimaafkan sama sekali. Hasil minyak bukan milik Umno-BN. Royalti minyak juga bukan duit milik Umno-BN.

Ia adalah milik rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat melalui kerajaan negeri yang sah dipilih pada setiap pilihan raya.

Hakikatnya Petronas bukan harta milik peribadi Umno-BN yang hendak dibidak sesuka hati mereka.

Justeru, kini rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Hasil yang digali Petronas menjadi bahan pertaruhan politik Umno-BN. Ia juga dijadikan bahan dendam politik terhadap PAS, dahulu di Terengganu dan kini di Kelantan.

Maka kita mengharapkan agar Petronas dan seluruh kakitangannya, supaya tidak menjadi alat politik Umno-BN, dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenar daripada rakyat.

Ingatkan hayat politik Umno-BN tidak lama. Mereka bakal ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN, menzalimi rakyat dari sudut politik dan ekonomi, akan menerima balasan yang setimpal. — Harakah Daily

14 December 2009

Jeffrey dan Liew kembali kepangkuan PKR

(Free Malaysia Today) - All’s well on the eastern front. The so-called rebellion in Parti Keadilan Rakyat, led by vice president Dr Jeffrey Kitingan and Sabah Wanita head Christina Liew, has been defused.

PKR supremo Anwar Ibrahim stepped in to patch up differences between factions in Sabah, which saw the group led by Jeffrey and Liew threatening to break away from peninsula control.

Both quit their party post in October but remained as PKR members although some of their supporters rushed into forming a new party a fortnight ago. But the supporters backed off last week when they realised that Jeffrey and Liew were cold towards the registration of Parti Cinta Sabah.

Behind the scene initiatives have ensured that PKR remain intact in Sabah, a state that the Umno-led Barisan Nasional (BN) regards as its "fixed deposit."

Attempts by Parti Bersatu Sabah to lure Jeffrey out of Pakatan failed, with Jeffrey saying he had burned his bridges with Barisan parties.

What Anwar did was to appoint Jeffrey as the vice-president in charge of Sabah and Sarawak and Liew as a deputy to Thamrin Jaini, who became the party’s Sabah head two months ago.

Anwar has kept intact the top state line up by making three state deputies–Kong Hong Ming, John Ghani and Awang Tengah Awang Amin–vice-chairpersons of the Sabah chapter.
The decision to put Jeffrey in charge of drawing up a master plan to develop Sabah and Sarawak and leading preparations there for the next general election is seen as a master stroke that would prevent confrontations within the opposition ranks.

Pahang bakal dapat MB baru?

oleh Nizam Hamid

DEC 14 — Defisit belanjawan untuk 12 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman Umno menyebarkan khabar bahawa Datuk Adnan Yaakob mungkin “dipindah” ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan. Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru.

Namun, beliau bukanlah seorang yang baik dalam pengurusan, bukan sahaja tidak bijak dalam berniaga, malah mengakibatkan defisit belanjawan negeri Pahang untuk 10 tahun berturut-turut.

Pemimpin baru dengan gaya barunya sekurang-kurangnya akan menyuntik sesuatu yang baru untuk negeri Pahang. Dari kaca mata peniaga, MB ini tidak berwawasan, hanya menjaga sumber dan harta yang sedia ada. MB ini juga dilihat gagal memikirkan dasar yang terbuka untuk menarik lebih ramai pelabur.

Sebagaimana yang diketahui, Pahang sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Seandainya diterokai dan digunakan dengan sebaik-baiknya, maka ia bakal menarik pelaburan, lantas mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan. [seterusnya]

Karpal akan dakwa Lingam

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP dan peguam veteran, Karpal Singh semalam berkata, beliau mengharapkan peguam negara akan mengeluarkan sijil fiat (yang berupa sijil kuasa) sebelum hujung tahun ini bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa Datuk V.K. Lingam atas pertuduhan cuba melobi pelantikan hakim-hakim.

Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menambah, sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar mana-mana peguam supaya menggunakan hak yang mereka ada untuk mendakwa Lingam, masa telah berlalu lebih sebulan tanpa ada apa-apa kebenaran diberikan oleh pejabat peguam negara untuk beliau berbuat demikian.

Selepas Nazri membuat tawaran itu, hanya Karpal yang tampil ke hadapan menyahut cabaran tersebut.

"Dia (Nazri) yang membuat cabaran itu dan selepas saya menyahut cabarannya, dia bertukar nada dengan berkata, dia perlu menyakinkan peguam negara untuk memberi sijil kuasa kepada saya untuk berbuat demikian," kata Karpal dalam satu sidang akhbar yang dipanggilnya untuk bercakap tentang hal ini. - mStar

12 December 2009

Royalti : Najib derhaka wasiat bapanya


DIS 12 — Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.

Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.

Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.

Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada Julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.

Malangnya, Datuk Seri Najib anak kepada Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalty seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008.

Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.
Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah.

Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.

Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.

Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu.

Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan.

Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh parti bukan BN.

Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994.

Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.

Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya. — harakahdaily

11 December 2009

PAS sokong Nga, bukti kegagalan BN

KUALA LUMPUR, 11 Dis — PAS menyokong kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming sambil menyifatkan ia membuktikan kegagalan kerajaan pusat dalam pengagihan dana dan bantuan secara berkesan kepada pelbagai agama di negara ini.

“Sebenarnya adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Idris berkata hanya PAS mampu memberikan keadilan kepada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain.

Sehubungan itu beliau berharap agar isu mengenai peruntukan terhadap institusi Islam tidak menjadi bahan pertikaian dan polemik kerana ia boleh diselesaikan melalui perundingan dengan mengambil contoh pentadbiran Kelantan sebagai model rujukan. [seterusnya]

10 December 2009

PKFZ: Jerung-jerung juga akan didakwa

Skandal PKFZ - Gani Patail kata lebih ramai lagi individu-individu akan di dakwa termasuk lah "jerung-jerung" sekali.
Kalau ya kenyataan ini, bagus sangat lah. Rakyat mengharap sangat "jerung-jerung" juga dibawa kemuka pengadilan, bukan setakat bilis-bilis saja, sebaliknya jerung-jerung tersenyum riang setelah berjaya mengaut berbilion-bilion ringgit wang rakyat hasil kerja tak senonoh mereka.
Jangan jadi seperti sebelum-sebelum ini, bila melibatkan orang besar-besar ni dalam apa jua kes, diakhiri dengan ... "setelah di siasat, didapati tiada kes terhadap si anu si anu ni" ... atau pun jika dibawa kemahkamah, penghujung nya, "si anu didapati TIDAK BERSALAH ....." KAH KAH KAH ..... rakyat terus tertipu dengan mainan kerajaan 1Malaysia najib altantuya.

Skandal PKFZ: Lebih Ramai Akan Didakwa - Gani Patail

PUTRAJAYA: Lebih ramai individu termasuk 'jerung' akan didakwa di mahkamah berhubung projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya seorang lagi individu akan didakwa berkaitan dengan kes itu Isnin ini.

"Itu tidak bermakna hanya empat orang sahaja didakwa....siasatan itu sudah pasti akan berterusan dan ini hanya permulaan sahaja," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed.

Pada sebelah petang tadi, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C.Phang didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, dekat sini, atas tiga tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM254.8 juta berhubung projek PKFZ.

Selain Phang, turut didakwa ialah Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee, atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah RM5.417 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membuat tuntutan palsu bernilai RM122.267 juta. Abdul Gani berkata terdapat banyak isu yang terlibat secara perundangan dan fakta di mana ia bukan sahaja rumit tetapi memerlukan masa dan tenaga untuk mengumpul bukti dan keterangan.

Ditanya sama ada siasatan itu melibatkan 'jerung' dan 'bilis', Abdul Ganiberkata dalam hal ini semua orang yang terbabit adalah 'jerung'.

"Jadi semua orang telah disiasat termasuk ahli politik, peguam dan pegawai kerajaan," katanya tanpa memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bilangan orang yang disiasat.
Katanya kesalahan lain yang disiasat berkaitan skandal PKFZ termasuk penggubalan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.BERNAMA

Kerajaan Persekutuan (BN) lebih teruk dari Ah Long : SAPP

The Sabah Progressive Party is of the view that the Barisan Nasional federal government is worse than a loan shark as it has failed to ensure uniformity in the prices of goods across West and East Malaysia.

SAPP secretary general Richard Yong We Kong that the federal government’s move to impose the goods and services tax (GST) will make Sabahans poorer as prices in the Borneo states were already higher than on the peninsula.

He said the federal government should reconsider any move that will burden Sabah, which is the poorest state in the country.

He said Sabahans were already paying between 10 and 40 percent more for almost all services and goods.

The GST, he said, would raise the cost of doing business in Sabah, which is known for its poor infrastructure and unreliable supply of water, power and other utilities.

He also accused the federal government of using the tax collected from oil palm planters in the state under the Cooking Oil Subsidy Scheme (COSS) to subsidise consumers in Peninsular Malaysia.

“ But nothing has been done to subsidise the high costs of living, transportation and shipping burdening people of Sabah,” he said.

“And don’t forget that 95 percent of Sabah’s oil and gas revenues are taken by the federal government to fund infrastructure and socio-economic development in Peninsular Malaysia and even to subsidise the toll concessionaires, while a majority of Sabahans continue to live in poverty.”

Imposing the GST, he said, would be “no different from sucking the blood of Sabah people. Is this the kind of treatment that Sabahans deserve despite being regarded as the ‘fixed-deposit’ of Barisan Nasional?”

He concluded that the federal government was worse than the Ah Long .

Royalti minyak Kelantan : "Selesai cara adik beradik" - Datuk Mohd Amar


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan tidak perlu dibawa hingga ke peringkat mahkamah kerana masih terdapat ruang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan 'anak-beranak'.

"Buat apa nak bawa sampai masuk mahkamah, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik," kata beliau.

Jelasnya, kerajaan negeri masih menaruh harapan agar satu perbincangan khusus dapat diadakan dengan perdana menteri berhubung isu tuntutan royalti minyak ini.

"Baru-baru ini kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan kepada perdana menteri untuk diadakan satu rundingan berhubung isu ini.

"Kita harap sangat agar diberikan satu ruang untuk diadakan perbincangan tersebut, cara bersemuka lebih molek.

"Malah ini adalah isu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, selesaikanlah ikut cara anak-beranak, Kelantan pun sebahagian daripada Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik antaranya tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap perdana menteri dan kerajaan pusat.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya "pecah perut" sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada 4 November lepas, Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat kepada Kelantan yang akan bermula tahun depan.

Sehubungan itu Mohd Amar berkata, kepimpinan PAS Kelantan merasakan masih terlalu awal untuk membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.

"Sekarang bukan masanya lagi... masih terlalu awal, kita tidak akan terburu-buru tentang isu ini," ujarnya. - mStar

Saya bukan nak ajar, tapi sayang TGNA - Mahfuz

KUALA LUMPUR, Dis 9 — Datuk Mahfuz Omar mempertahankan cadangannya kelmarin yang mahu menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman segera melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) atas alasan ia hanya dibuat demi kebaikan PAS sendiri.

Naib Presiden itu menegaskan saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Nik Aziz, sebaliknya dilakukan demi cinta dan sayangnya terhadap parti serta Mursyidul Am PAS.

Cadangan beliau itu juga dilihat sebagai satu tekanan baru kepada Ariffahmi dan Nik Aziz.

“Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz)... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Bagi meredakan polemik itu, Mahfuz berpendapat bahawa pengunduran segera Ariffahmi adalah tindakan paling tepat.

Kelmarin Mahfuz dalam kenyataannya menyebut adalah perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK, berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji, tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.

Dipetik Bernama, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, tindakan Ariffahmi menghantar notis tiga bulan kepada perbadanan itu boleh menimbulkan kontroversi dan digunakan sebagai senjata untuk mencemuh Nik Aziz dan parti oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun cadangan Mahfuz itu mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak dan menyifatkan Naib Presiden PAS itu cuba mengajar Nik Aziz dalam isu berkenaan.

Mahfuz berkata beliau tidak mahu melihat Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej Menteri Besar itu sebagai seorang Tok Guru, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.

“Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS,” katanya. - The Malaysian Insider

09 December 2009

Lagi hadiah kerajaan 1Malaysia kepada rakyat .. Tahniah Najib

Rakyat 1Malaysia terus didahulukan, sejajar dengan slogan 1Malaysia najib Altantuya.

Sebagai rakyat kita patut sangat lah berbangga dengan segala langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh najib demi untuk memperkayakan kroni-kroni dengan menindas rakyat ... tahniah najib ... kah kah kah

Tarif Baru Elektrik Tunggu Kelulusan Kabinet

PUTRAJAYA: Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

"Tarif ini dikaji semula setipa enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan kementerian dan sambutan Hari Inovasi peringkat kementerian di sini hari ini.

Chin berkata kabinet akan mengambil kira semua perkara sebelum meluluskan sebarang tarif baru.

"Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik oleh kerana kenaikan kos dan sebagainya tapi kabinet akan melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar," katanya.

Chin berkata antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu yang telah ditetapkan adalah untuk mengurangkan indeks gangguan bekalan elektrik di Sabah, yang pada masa ini jauh lebih tinggi dari di Semenanjung dan di Sarawak.

Untuk itu, kementerian akan bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk membolehkan perkara itu dicapai dalam tempoh setahun, dengan memastikan kapasiti tenaga yang dibekalkan mencukupi untuk kegunaan rakyat di sana.

Antara KPI lain yang ditetapkan ialah meningkatkan kawasan liputan bekalan air terawat, meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, serta mewujudkan lebih banyak sistem pembetungan serantau, katanya. - BERNAMA

Rombakan kabinet : KJ Timbalan Menteri

PETALING JAYA, Dis 9 — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang “kehilangan peluang” untuk menyertai jemaah menteri April lalu disebut-sebut berkemungkinan akan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil yang bakal dilakukan.

Utusan Malaysia yang memetik portal Malaysia-instinct.com berkata pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima Perdana Menteri.

Laporan itu menyebut Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bukannya di Kementerian Pelancongan.

"Dan, tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur," laporan Utusan Malaysia hari ini.

April lalu Khairy tidak diberikan sebarang jawatan dalam Kabinet sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada Umno.

Beliau dikatakan sudah mula mencatat kejayaan dalam usaha itu.

Khairy kembali ke tanah air hujung minggu lalu selepas menunaikan haji.

Buat masa sekarang timbalan Khairy di Pemuda Umno merupakan antara timbalan menteri dalam Kabinet diumumkan April lalu.

Datuk Mukhriz Mahathir yang menentang Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Awal minggu ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri. - TMI

Ulama UMNO patut keluar parti "racist" :

KUALA NERUS – Pemimpin Umno yang ‘racist’ telah bertelagah sesama sendiri, dengan masing-masing ‘pakat’ menggelar diri mereka dengan panggilan ‘racist’.

2 hari lepas Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengakui beliau tidak boleh lari dari menjadi seorang ‘racist’, telah menggelar bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘bloody racist’.

Nazri berkata demikian apabila Mahathir membalas kenyataannya, yang mahu merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) kerana BTN telah melatih rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu menjadi ‘racist’.

Pada 6 Disember, Mahathir berkata kerajaan tidak perlu merombak Biro Tata Negara (BTN) sebagai membalas kenyataan Nazri yang mengumumkan kabinet akan merombak kurikulum ‘racist’ BTN.

Semalam, Mahathir dan Nazri, kedua-duanya pemimpin parti Umno yang ‘racist’ berbalas-balas kenyataan tentang siapa yang lebih ‘racist’.

Mahathir telah mencabar Nazri keluar dari parti Umno yang ‘racist’, kerana kata Mahathir, Umno memang parti ‘racist’. Namun begitu, kira-kira dua bulan lalu, pada pembukaan Perhimpunan Agung Umno 15 Oktober lalu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memberi amaran kepada parti-parti politik lain khususnya Pakatan Rakyat, jangan menuduh Umno sebagai parti yang bersifat perkauman (racist).

Pada masa yang sama beliau menafikan Umno adalahsebuah parti politik yang ‘racist’

Hari ini, jelas cakap Najib adalah tidak benar, apabila bekas Presiden parti ‘racist’ Umno mengesahkan, memang Umno parti ‘racist’ dan Nazri turut mengakui, memang Umno adalah ‘racist’

Sehubungan itu, Ketua Urusan Ulamak PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang, menasihatkan supaya semua ustaz-ustaz yang masih menjadi ahli Umno, keluar dari parti Umno yang ‘racist’.

Menurutnya, Islam melarang orang-orang Islam yang beriman, berjuang atas dasar ‘perkauman yang sempit atau dalam bahasa sekarang dipanggil ‘racist’”Orang-orang Islam yang beriman wajib berjuang menegakkan Islam, dan meperjuangkan Islam sahaja, ”perjuangan menegakkan ‘bangsa’ tidak ada dalam Islam, apatah lagi ‘menegakkan perkauman yang sempit,”katanya kepada Buletinonline semalam.

Secara khusus katanya, beliau mengajak dua orang ustaz dalam Umno Terengganu, supaya kembali memperjuangkan Islam bersama Parti Islam dan meninggalkan Umno.

”Semalam telah jelas, bekas Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengesahkan Umno adalah parti ‘racist’, parti yang bersifat perkauman,”Oleh itu saya mengajak kedua-dua pemimpin Umno, YB Tepoh dan YB Batu Rakit supaya meninggalkan Umno, wajib bagi mereka keluar dari Umno,”jelasnya - buletinonline

08 December 2009

Mahathir lah yang buatkan BTN jadi agensi "super-racist" : Datuk Johari Abdul - Bekas Pengarah

Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Dec 9 — Former National Civics Bureau (BTN) director now turn PKR leader Datuk Johari Abdul claimed that it was Tun Dr Mahathir Mohamad who made the body a full-fledged racist indoctrination agency, contradicting the former premier who has gone all-out to defend BTN and deny that the body was used by Umno to sow racial hatred.

Speaking at a forum organised by PKR tonight, Johari claimed that prior to Dr Mahathir’s ascendancy as the prime minister, the body, not yet called the BTN, was initially used to counter the influence of anti-establishment Islamic movements in universities in the 1970s.

At the time, the body was headed by another former prime minister, Dr Mahathir’s arch-rival, Tun Abdullah Ahmad Badawi. He was not yet a politician at the time but a government officer.

“And when Abdullah became a full time politician, the body officially became BTN and its purpose was to raise the confidence of Malay students who were doing badly academically by instilling ideas like ketuanan Melayu (Malay supremacy),” said Johari who is also MP for Sungai Petani.

But when Dr Mahathir became prime minister, Johari said the former premier, whom he described as a “shrewd politician”, made full use of the BTN and turned it into a complete Umno-Barisan Nasional (BN) indoctrination machinery to maintain Malay loyalty to the status quo.

“One of the courses (under him) was that the Malay participants were taught to defend the Umno-BN government at all cost. If the Umno-BN government falls, than the Malays are made to think that the Malays would be enslaved in their own country.”

“And then it got worse when (PKR de facto leader) Datuk Seri Anwar Ibrahim was sacked by Dr Mahathir after a fall-out in 1998 and the BTN was then used to demonise all opposition leaders,” he added.

The PKR leader claimed he was speaking from personal experience as a former director of the agency.

And being a former director and also an Umno man, Johari admitted that he too at one point believed in the teachings of the BTN, and its supposed objective to help the Malays but has since “repented.”

“You know within your conscience that there is something wrong somewhere..it is wrong,” he said.

Johari said however that to be fair there was nothing wrong with the agency itself but that it was the syllabus that needed a revamp. He also said that Umno, as a political entity, has the right to do its best to edge out its political rivals.

“But don’t use taxpayers money for that. Finance your own programme,” he said.

The government had allocated RM64 million under the 2010 Federal Budget for BTN and the opposition is currently doing its best in Parliament to get BTN closed.

So far, some influential Umno leaders like Tengku Razaleigh Hamzah, and Minister in the Prime Minister Department Datuk Seri Nazri Aziz, have joined in the rising chorus against the agency.

Nazri had also blasted Dr Mahathir as a racist for defending BTN while Razaleigh claimed he too was a victim of the programme when he went against the former premier in the late 1980s.

But the hawks in Umno, through its newspapers like Berita Harian and Utusan Malaysia, have come out to defend BTN and blast its critics as attempting to politicise the issue. - The Malaysian Insider

"Baik hang keluar UMNO lah Nazri" : Mahathir



Mahathir memang ada dendam kesumat terhadap Nazri ... maka bertambah-tambah angin lah orang tua ni bila Nazri kata dia "racist" ...


KUALA LUMPUR - Former prime minister, Dr Mahathir Mohamad has called on Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz to quit the party for calling him a racist over the Biro Tata Negara (BTN) issue.

Nazri had yesterday called Mahathir a racist for supporting and defending the BTN programme which has been slated for a revamp after severe criticism for not keeping with 1Malaysia spirit.

Mahathir had said yesterday that there was no need to revamp BTN's training modules in the current form and that it was suitable for instilling the patriotic spirit among Malaysians.

'Umno is also racist'

Opening a seminar on the Malaysia-Indonesia Economic Co-operation, Mahathir said that if Nazri had described him as racist then Nazri himself should quit because then it would mean that Umno is a racist party.

He said that since Nazri belongs to a racist party, the minister must then resign from the party deemed to be racist.

"Nazri says I am a racist. Umno is a racist party, it caters to the Malays. If he feel that he does not belong to the racist party he should resign from the party."

What Nazri has to say

Nazri, in reply, said: "That is the most stupid statement that I have heard in my life. It only confirms what I have said all along."The bigger concept is the Barisan Nasional (coalition). This party (Umno) was formed and it was not decided by me. I joined because I wanted to serve the government. I wanted to serve the people and that was the platform prepared for me."He said Mahathir was instrumental in making what Umno is today.

"I am right in the sense that if Umno is a racist party, he was a president of a racist party, so he is a racist, lah," said Nazri in Parliament."The argument does not make him less of a racist," he added.

Moderating influence

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin weighed in on the matter, saying that calling Mahathir a racist was "rather extreme".
A Bernama report quoted him as saying that Mahathir had contributed much to the country and was still capable of offering useful ideas."So, to label him a racist is rather extreme. He (Nazri) is my friend too but I don't know how it (labelling Mahathir) could have come about.

Under the country's political situation today, many people can misinterpret," he told Malaysian journalists in Tokyo, where he is on a trade and investment mission. - malaysian mirror

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive